Selasa, 30 Disember 2008

sekadar renungan

Salam!
Bala apakah yang menimpa bumi palestin untuk kesekian kalinya ini? di mana kita umat Islam yang mengaku saudara mereka? mungkin terlalu memikirkan kemelesetan ekonomi global, lalu mengambil mudah urusan mereka yang sekian kalinya mengalami pembantaian? sekali lagi kita akan melihat 'wayang kulit' bertaraf dunia, dengan segala gertakan, resolusi, ketetapan, dan sebagainya di bawah arahan presiden dibaling kasut manakala pemuka2 umat Islam berseloka dengan bahasa yang susah diteka, penuh kias, tamsil, dan ibarat...
di mana aku? di mana kalian? di mana kita ye? mungkinkah sedang beriseng2 lagi?
salam dan fikirkan serta buatlah yang wajar!

sekadar renungan











salam!








alhamdulilah aku akhirnya berjaya dipostingkan di negeri selangor, namun gentar gak sebab sekolahnya masih belum diketahu lagi. alahai, penantian hanya akan terjawab pada 2 januari ini. mudah2han diberikan segala kemudahan dan kebaikan oleh Allah. Ramai rakan2ku yang bujang2 semuanya 'diterbangkan' di sarawak menjelang sesi persekolahan baru ini. tak pelah, berxabar dan mengajar le sebaik mungkin untuk semua....aku cikgu le!








salam dari aku!

Ahad, 14 Disember 2008

sekadar renungan


Salam


selamat bercuti...hah, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di selatan tanah air...sekarang tengah menunggu tempat posting aje...buat us idris terima kasih kerana sudi menjenguk, nanti bila dah tau ke mana ana posting, ana akan memaklumlan enti, sifu bahasa melayuku di aa dahulu, haiyah!


buat mohd sulaiman mohd sahar, us masih tinggal di kediaman lama. apa khabar ente sekrg? semoga terus berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat!


tak lupa buat anak2 muridku yang budiman, khalilah dan khalidah terima kasih banyak2 kerana masih ingat akan diri us. terima kasih gak sebab rajin menjenguk ke alam maya pelitamu ini. huh, us pakai tie ye? nak buat macam mana, terpaksa pakai. us tak minat sangat tie2 ni, panas dan rimas. anak murid baring2 tu, biasalah budak sekolah rendah. lagi pun masa tu minggu terakhir us praktikal kat sekolah tu, jadi penih dengan sesi bergambar ajelah. tapi, 1 aqb 2006, 1 atb 2007 & anak2 team debat aa tetap meriah, best, dan akan sentiasa us ingati sepanjang masa. best woo mengajar kalian. apa yang us berikan tu bukanlah nasihat, sekadar pandangan yang us rasa sesuai le. senang2 berkeunjung le la blog us ni ye.


sekadar itu sahaja, lain2 kesempatan us akan menulis lagi...


salam dari negeri darul ehsan!

Rabu, 12 November 2008

sekadar renungan

Salam!
Kita bertemu lagi. Terima kasih buat khalidah yang sudi bertanya. Heh, us tetap seperti dulu gak. Rasanya walaupun dah ke sekolah rendah, us tetap sama macam mana ajar enti dulu. Masih dengan perawakan dan cara yang sama. Cuma diharapkan, amal, ibadah, bi'ah hasanah & segala perkara yang relevan sebagai Muslim terus bertambah2, Amin!
Tuagas seorang pengawas? Bukan sekadar memakai uniform yang berbeza dari orang lain. Yang penting, sebelum menegur, menangkap, dan sebagainya, kita sendiri perlu lebih baik daripada mereka. Menjadi cermin kepada mereka. Baik dari segi akhlak, peel, sikap belajar, ibadah, kerajinan, budi bahasa, dan sebagainya. Memang tak mungkin kita tak lengkap sepanjang masa, tapi itu bukan alasan untuk berkata tidak secara wewengan tanpa tanggungjawab. Jawatan adalah tanggungan bukan keistimewaan. Jadilah diri sendiri, gali segala kebaikan yang ada dalam diri. Boleh jadi orang lain, seperti meniru peribadi Nabi Muhammad SAW, tetapi biarlah sebaik mungkin. Jangan buat separuh2, nanti terbengkalai langsung tiada kebaikan yang ditonjolkan. Rasanya ada banyak contoh yang enti boleh ikuti, dalam keluarga enti sendiri apa kurangnya. US sekadar memberi pandangan, tidak semesti diikuti sebab us pun bukanlah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan guru2 di aa yang budiman tu.
Di mana agaknya maryam sekarang ye? Semoga terjawab apa yang enti tanyakan. Terima kasih kerana masih sudi menyinggahi pelitamu.blogspot ni, terharu rasanya...heh heh! Salam buat kawan2 ye. Senang2 singgah le lagi...
Salam dari negeri hujung tanah!

Selasa, 11 November 2008

sekadar renungan

Salam!

Wah. kita bertemu lagi setelah sekian lama tidak berhubung di alam maya ini. maaflah, banyak tuntutan2 peribadi yang harus kulalui...

aku baru sahaja menempuhi peperiksaan akhir semester dan awal tahun ini aku mulai bertugas...pastinya mengajar. Insya Allah di sekitar selangor, namun belum pasti akan tempatnya. terima kasih buat anmr kerana sudi singgah di lamanku ini. bukan sengaja menyepi, tapi ente faham2lah tuntutan sebagai student ni. hah, buat hanan, nabilah, dan anak-anak murid yang sudi menjenguk dan bertanya khabar, terima kasih daun keladi atas ingatan tak putus2 kalian. untuk kembali mengajar di aa, rasanya tidak lagi. maaf, bukan bermaksud menghampakan, tetapi inilah hakikat yang harus ditelan. lagipun siapalah diri us, jika nak dibandingkan dengan sekian ramai guru2 berkaliber di sana. semoga terus beriltizam tinggi belajar, us doakan kalian terus berjaya selamanya, dunia & akhirat.

perasaan mengajar tempoh hari ketika praktikal? sememangnya seronok sebagaimana dengan anak2 di aa. cuma bezanya mereka itu anak2 kecil di sek rendah yang perlu sabar mengajaranya. mereka itu amat cepat mengikut dan mencontohi kita. jadi kena sentiasa siaga. malah sampai hari ini masih ramai lagi yang menghubungi us bertanya itu dan ini, selayaknya dengan peringkat umur mereka.

us ada lebih kurang 4 minggu lagi untuk menamatkan pelajaran di negeri hujung tanah. insya allah selepas idul adha akan berada di kl sementara menunggu ke sek baru pada awal tahun depan. insya allah jika ada kelapangan, us akan ke aa untuk berjumpa kalian.

salam dari negeri hujung tanah

Jumaat, 17 Oktober 2008

sekadar renungan


Salam!


Kita bersua lagi...


Apa khabar agaknya man ki di bumi mesir sana? harap-harap dah dapat menyesuaikan diri ye. terima kasih buat man ki, akhi isharuddin, khalidah, dan yang seangkatan dengannya yang masih sudi berhubung di alam maya ini. moga ukhuwah kita terus subur ye. x stress man? kat mana2 pun ada pasang surutnya man. bahagia yang hakiki hanyalah apabila kita diredhai allah dan dapat masuk ke syurganya dengan rahmatNya. cuma di sekolah rendah ni cara kita menyantuninya sangatlah berlainan. kalau di sekolah menengah dulu, ketika menyantuni 4 naz contohnya, boleh le us guna kias ibarat, bahasa terbalik, bahasa menyindir dan sebagainya. malah kalian kadangkala dianggap seperti rakan pula. ingat tag line dan peristiwa, jolok motorsikal ye bang? huh, us tak dapat melupakan kenangan itu. cuma di sek rendah ni, cara melayannya lebih kepada konsep bapa dengan anak-anak. perlu dibimbing, ditegur, berlawak, nasihat dan yang selayaknya mengikut tahap umur 7 hingga 12 tahun, sesuatu yang berbeza tapi dapat mengkayakan pengalaman us.


buat khalidah, itu bukan sekolah baru us. itu tempat us menjalani latihan praktikal selama 3 bulan. insya allah menjelang bulan jan 2009, us akan mulai mengajar di selangor. tapi kenangan di 1 atb 2007 tetap akan us ingat. enti kan kuat mengantuk masa kelas us? ingat lagi...ha ha, itu asam garam guru dan belajar dalam proses belajar kan?


buat akhi ishar, semoga terus menjadi guru sejarah yang berbakti, berkaliber, berkarisma, dan apa sahaja ber... yang sentiasa menaungi murid-murid kita. semoga ente dirahmati allah dunia sampai akhirat. amin.


salam dari negeri hujung tanah.

Ahad, 12 Oktober 2008

sekadar renungan





salam...

kenangan terindah di sktta 1

sekadar renungan


Salam. Buat anak-anak yang bakal menempuhi pmr esok dan minggu ini khususnya di aa, semoga kalian diberikan segala kemudahan dan kelapangan dari allah swt. us do'akan kalian berjaya. buat anak-anak murid yang disayangi di sktta terutama di 2 lak, 4 per, 5 per, 4 pah, dan 5 pah - kenangan bersama kalian tetap mekar di dalam hati. susah untuk cikgu lupakan. semoga diredhai allah sentiasa. teruslah belajar dan ikutlah arahan guru bm, psk, dan kt kalian. semoga terus berjaya. salam dari negeri hujung tanah.

Rabu, 8 Oktober 2008

sekadar renungan


kenangan di sktta

sekadar renungan


Salam! Buat anak-anak yang akan menghadapi pmr 10 jun ini, selamat berjuang! buat moyot, buat yang terbaik. us tak pernah lupakan kalian di aa. semoga berjaya gemilang!

Rabu, 17 September 2008

sekadar renungan


Salam!


Kita bertemu lagi di alam maya ini. bagaimana dengan ramadhan kalian? semoga kedatangan 10 malam terakhir ini dapat direbut sebaiknya....


syukran jazilan buat wardah yang sudi bertandang ke mari...apa cerita sekarang ni? lama kita tak berjumpa ye? us di sini sihat-sihat aje, sedang praktikal di johor. bukan tak nak singgah berjumpa semua, tetapi kita sama2 sekolah kan, jadi bila aa cuti, us pun cuti gak. insya allah, ada ruang dan peluang us akan singgah ke sana. macam mana dengan pmr? insya allah wardah boleh!


buat nabilah, ye memang us suka gak dengan kucing ni. tapi biasa le dalam hidup bukan semua orang suka dengan apa yang kita suka, kan? kan? kan? itulah indahnya dunia allah taala, kita tak akan sama walaupun berasal dari adam dan hawa.


apa pun, selamat mengoptimumkan ruang ramadhan ini sebaiknya. semoga kita dapat manfaat lailatul qadr, insya allah!


salam dari negeri hujung tanah.

Ahad, 7 September 2008

sekadar renungan


Salam...

Terima kasih buat yang sudi menjenguk teratak maya ini. buat dayana juga terima kasih banyak2 ye. semoga terus berjaya dalam hidup. hamba di sini sihat2 sahaja. moga kalian lebih lagi hendaknya.

sekadar renungan


Salam

bagaimana dengan ramadhan kalian setakat hari ini? semoga terus bersinar dan tabah menempuh dugaan dalam dunia allah taala ini.

Selasa, 2 September 2008

sekadar renungan


Salam


Mengapa manusia mesti saling bermusuhan dan menindas? Perbezaan pendapat itu rahmat dan perlu diraikan. Ia bukan menjadi tiket untuk menjuarai sesuatu isu. Selagi tidak tersasar dari orbit Islam, perbezaan pendapat perlu diterima dan dihadamkan dengan rasional. Saksikan gambar ini. Ia mungkin remeh dan tidak bermakna, tetapi tetap ada kewajarannya untuk kita yang mahu berfikir!

sekadar renungan


sekadar renungan


Salam.

sekadar renungan


Salam!


Nikmatilah panorama berikut...

sekadar renungan


Salam


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Apa erti merdeka buat kita? Buat anak-anak ini? Fikirkan & carilah jawapan dengan jujur dan waras. Apakah cukup dengan sekadar mengibarkan bendera?

sekadar renungan


Salam!


sekadar renungan


Salam



Gambar yang tertera di sini hanya sekadar hiasan sahaja. nikmatilah alam ciptaan Allah dan syukurilah nikmatNya yang melimpah ruah dalam setiap hela nafas kita. sesungguhnya nikmat Allah itu terlalu besar, lebih-lebih lagi nikmat iman dan Islam!


salam dari aku di negeri hujung tanah!

sekadar renungan


Salam


Bagaimana dengan ramadhan kalian? semoga hari yang ketiga ini semakin memberikan kita kelazatan dalam beribadat


terima kasih buat yang sudi menumpang lalu dan menjengah ke alam maya pelitamu ini. buat moyot, bagaimana dengan pui dan persiapan perang pmr enti? buat nurazman (kalau tak silap nick name yang tertera di alam emel saya, rasanya saya cukup kenal dengan enti. betul kan?) Insya Allah, enti tidak saya lupakan. terima kasih daun keladi kerana sudi menjenguk blog ini. bagaimana dengan ramadhan & persekolahan? semoga sentiasa karar dalam kebaikan dan perlindungan Allah selamanya.


semoga terus istiqomah, komited, dan beriltizam dengan islam selamanya.


salam dari negeri hujung tanah.

Jumaat, 29 Ogos 2008

sekadar renungan


merdeka tuta 2

sekadar renungan


merdeka tuta...29 ogos 2008

sekadar renungan


Salam


Aku Merdeka


Merdeka datang lagi...

dengan rasa berbaur syukur dan pesta

apakah makna merdeka bagi kita?

sekadar pesta-pestaan dan laungan perit tekak

kemudian kosong tanpa makna sejentik pun?

merdekakah kita pada saat dan detik ini?

merdekakah kita ramadhan yang bakal menjelang ini

sedang pesta membeli-belah telah digenderangkan di mana-mana

setiap inci pelusuk gedung membeli-belah?

merdekakah nafsu kita ramadhan ini dengan segala serakah yang masih membalut rasa dan jiwa?

merdekakah mrdeka kita yang dikatakan merdeka dan penuh berjiwa merdeka

aku takut aku belum merdeka,

aku belum merdeka dari segala kebobrokan yang ada dalam diri ini

semoga ramadhan memerdekakan kita dari segala fasad dan cela

apatah yang lebih utama, ramadhan di depan pintu

atau pesta-pestaan hari raya yang semakin menggugah rasa manusia?

Selasa, 26 Ogos 2008

sekadar renungan


Salam


Bertemu kita di alam maya ini...


Ramadhan makin menjengah ke sisi kita. Semakin tidak sabar bertemu dengan bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. seronok rasanya.


bagaimana dengan suasana anak-anakku di aa. moga semuanya tenang2 dan berjaya di dunia & akhirat. ha ha, moyot dah lama x dengar cerita... macam mana dengan persediaan pmr? harap2 berjaya dalam pmr/i. gunakanlah segala info sedikit yang ada dalam blog ini untuk kebaikan enti ye. salam kat kwn2 semua.

Rabu, 20 Ogos 2008

sekadar renungan


Salam


selamat bercuti buat semua warga pendidik serta anak-anak murid yang terus menekuni ilmu...


terima kasih buat sabirah dan us ishar yang sudi menjeguk ke gerbang maya hamba ini. buat diriku, sihat-sihat sahaja. terus menelaah ilmu yang sedang ditekuni sekarang.


ramadhan yang semakin menggamit pastinya memberikan rasa yang bercampur baur buat kita. sesungguhnya berbahagialah kita sebagai umat islam yang telah dianugerahkan nikmat iman dan islam. semoga ramadhan yang mendatang ini memberikan keunggulan buat kita yang mengaku sebagai islam.


baru-baru ini aku ada berbincang dengan seorang 'anakku' tentang isu al quds. banyak juga yang kami fikirkan. ya, aku berfikir-fikir, di mana letaknya isu al quds ini dalam kalangan umat islam kita pada hari ini. apakah kita sekadar melihat ia sebagai isu arab palestin semata-mata? bagaimana dengan tafsiran generasi muda terhadap isu ini. apakah kehangatan olimpik menghakiskan ingatan dan keprihatinan kita terhadap tribulasi tidak bernoktah umat islam di sana. di mana al quds di hati kita...?

Ahad, 27 Julai 2008

sekadar renungan


Salam semua...


Apa khabar kalian ketika ini? semoga sentiasa dalam peliharaan allah sentiasa. bagaimana dengan perjalanan hidup dan rutin semua? semoga walau apa pun yang dilaksanakan pastikan ia tidak tergelincir dari landasan islam yang sebenarnya. tiada apa sebenarnya yang ingin aku coretkan di sini sekadar berbasa basi sahaja. mungkin belum ada selera untuk aku menulis banyak2 dan panjang lebar sebagaimana biasa. cuma aku ingin menukilkan di sini kata-kata ustaz yang kedengar dalam ceramahnya di keretaku pagi tadi.


1. masa kita hanya ada tiga; semalam, sekarang, dan esok. semalam telah berlalu, esok belum pasti dan kinilah yang wajar kita gunakan sebaiknya.


2. matlamat tidak menghalalkan cara.


Jadi fikir, timbang, dan bertindak sebaik-baiknya....


salam dari negeri hujung tanah.

Jumaat, 25 Julai 2008

Sekadar renungan


Salam. Kita bertemu lagi...


Buat boundries...maaf us lambat respos pertanyaan anda. agak sibuk dengan praktikal di sini. semoga bm anda lebih baik kini jika dibandingkan masa belajar dgn sahaya dahulu. tentang karangan peribahasa tu, akan us usahakan tetapi bukanlah dalam masa yang terdekta ini. us akan cuba membuat yang termampu untuk dipaparkan di alam maya blog ini. maaf dan harap tabah menunggu.


bagaimana dengan kalian yang lain? semoga terus berada dalam rahmat Allah sentiasa. buat yang di tingkatan tiga, selamat menikmati pui dengan penuh kesabaran. buat semua, moga kita berjaya duniac & akhirat.


Salam dari negeri hujung tanah.

Selasa, 8 Julai 2008

sekadar renungan

Assalamu'alaikum!

Lama tidak berhubung di alam penuh maya ini.

Buat masa ini diriku ini sihat2 sahaja. Buat us idris, hamba sihat2 sahaja. tuan hamba bagaimana gerangan adanya? moga suasana di negeri melaka baik2 adanya di bawah pemerintahan tuan hamba bersama bendahara seri wak raja.

buat us isha, azhan, abi yazid, us ayub, dan semua semoga berjaya dunia & akhirat. kalian tetap kuingati sebagai rakan seperjuangan yang best, sporting, dan baik!

buat man ki...ha ha, us pun dah tak ingat pasal buku tu. kalau ada kesempatan bila2, boleh le pulang. insya allah. di mana sekarang? tak menjolok motosikal ke bang? apa cerita kawan2 4 naz 06 yang gemilang, meriah, dan penuh kelakar dulu? buat anak2 ku yang lain, us sihat2 aje. la ni menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di skudai selama 3 bulan. sibuk le adanya. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog us. semoga kalian terus dirahmati allah dan berjaya. us di sini pun lebih kurang 5 bulan lagi nak menamakan kursus kabupaten peringkat yang sepatutnya.

bagaimana aa agaknya? makin meriah harapnya. apakah surau yang dibina sepekan yang lalu telah siap adanya? yang lain2 apa cerita adanya? buat anak2 yang bakal menghadapi pmr tak lama lagi, terus kuat berusaha dan semoga berjaya. pui dah mula ke? memang berat kan, tapi percayalah tanpa usaha sepahit hempedu, tak akan ada kejayaan semanis madu! selamat berjaya ye buat semua - fahrul, nabil, khalilah, diyana, dan semua le yang us mungkin tak ingat namanya tapi ingatan tak pernah luput. juga buat yang nak menghadapi spm, semoga cemerlang hendaknya. score, jangan tak score!

oklah, tiada apa lagi yang us nak coretkan. alhamdulillah us sihat2 aje di sini. semoga kalian berlebih2 lagi. kita jumpa lagi pada lain kesempatan.

salam dari negeri hujung tanah.

Isnin, 9 Jun 2008

sekadar renungan

Salam...
Jawapan khusus untuk fahrul...
Selepas tamat belajar, ustaz tak akan mengajar di aa lagi. Mungkin akan beralih angin, berada di padang yang lain, mencari pengalaman lain. Dengan ustaz atau tanpa ustaz, anda tetap akan berjaya, ustaz doakan. Jangan risau, anak-anak aa tetap dekat di hati. Soalan menjerat ye...hah hah. Semoga anda dan batch pmr 08 berjaya dgn cemerlang dalam pmr/ i kelak!

Salam semua...



Apa kahbar? Semoga berada dalam peliharaan Allah sentiasa. Aku di sini sihat2 sahaja. Terima kasih buat anak2 muridku yang sudi bertanya khabar, menghantar emel, sms, dan mengucapkan selamat hari guru tempoh hari. Semoga kalian juga dalam peliharaan Allah sentiasa.



Salam, dan berjumpa lagi pada lain kesempatan...

Selasa, 27 Mei 2008

sekadar renungan


Salam...

Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptkan langit tidak bertiang...!

sekadar renungan


Salam!


Selamat bercuti buat semua...seronok le ye. Mekasih kepada yang sudi menjenguk ke gerbang maya hamba!

Isnin, 21 April 2008

sekadar renungan

Salam

Terlebih dahulu maaf kerana sekian lama tidak menulis - terlalu sibuk dengan tuntutan kerja kursusku. Kini ada sedikit kesempatan

Tahniah buat anak-anak debatku. Kalian telah membuktikan kemampuan dan masih bertaring dan berbisa dalam seni berhujah. Cuma rezeki Allah mentakdirkan kalian bertemu sesama sendiri dan tidak berjaya pergi lebih jauh lagi. Apa pun kalian amat membanggakan saya, yang pernah bersama-sama kalian pada musim mekar yang lalu. Saya amat terharu kerana kalian masih menghubugi saya untuk bertanya pendapat dan memberikan keputusan terkini pasukan masing2. Buat hasif, qistina, fahrul, diyana, khalilah, azlina, azah, dan nabil - kalian benar2 dekat dengan diri saya. Kalah bukan bererti berundur, saya kenal benar kualiti yang kalian miliki. Juga buat semua - guru dan ibu bapa yang terus menyokong pasukan debat smiaag, terima kasih daun keladi - tiada apa yang dapat saya nyatakan, tetapi cukuplah saya nyatakan bahawa budi baik kalian pernah saya rasai dahulu ketika berdepan jerih payah tidak dipedulikan dan diberi segala janji buat anak2 tetapi tidak tertunia (saya masih ingat wajah anak-anak yang penuh persoalan)

Juga sekalung tahniah buat us isharuddin, tenaga kerja, dan anak2 yang menjayakan masa. sekian lama dirancang, akhirnya menjadi nyata. katanya 'rasa manusia' juga telah digemakan di dewan sek teknik? satu penghargaan buat saya yang kerdil dan entah apa-apa ini. terima kasih sekal lagi buat hasif, khalilah, dan siapa sorang lagi? kalian memang berbakat dan kembang serta gunakan bakat untuk potensi diri, ummah, dan islam!

sekian.

salam dari negeri hujung tanah.

Sabtu, 15 Mac 2008

sekadar renungan

Salam
Beberapa hari yang lalu aku sempat menjenguk anak-anak di smiaag - sekadar memberi perangsang sebelum mereka bertempur di arena debat. Aku rasa terharu - masih ada sambutan dan layanan yang mesra seperti masa lalu walaupun aku kini hanyalah mantan guru mereka (mandat bak kata seorang bekas anak muridku). terbayang lagi keseronokan bersama kalian ketika sibuk bergulat dengan usul tahun lalu - buat qistina, hasif, diyana, khalilah, lina, dan lai-lain moga selamat berjuang dan berjaya- semoga lebih baik berbanding ketika bersama ustaz dahulu.
Juga buat bekas anak-anak muridku yang telah memperoleh keputusan spm - tahniah dan anda telah membuktikan - terasa ada kebanggaan dengan kejayaan kalian - syukur kepada allah. buat kak fauziah, tahniah kerana kejayaan man. apa sangatlah sumbangan saya yang kerdil ini jika nak dibandingkan dengan kesudian kakak dan abang membantu kami guru-guru tak kira waktu. syukran atas do'a.
Juga tak ketinggalan buat mereka yang sudi menjenguk ruang mayaku - qistina, nur hanani, ammar, dan semua - terima kasih. saya juga rindu untuk bercerita kepada kalian, berkongsi keseronokan belajar dan mengajar. kenangan bersama kalian, wah mana mungkin saya lupakan begitu sahaja...ada rezeki kita berjumpa lagi.

Sabtu, 1 Mac 2008

sekadar renungan

Salam dari aku di selatan!
Bagaimana kalian semua? Lama juga aku tidak menulis luahan rasa di alam maya ini. Aku disini sihat2 sahaja. Buat bekas anak-anak muridku yang mungkin sibuk bergulat dengan segala macam ujian bulanan, semoga tabah dan terus berjaya. Moga kejayaan karar bersama kalian
Hmm, tiada apa yang menarik untuk aku catatkan. Sekadar mengenang tindakan Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said yang enggan dirinya dipanggil Sasterawan Negara lagi. Kali kedua beliau meluahkan rasa ekoran tragedi dan Bahasa Melayu yang semakin melemaskan. Mungkin inilah ura-ura untuk menjadikan teks-teks popular sebagai teks wajib Komsas dan menggantikan teks dalam kalangan para penulis yang pernah menggondol anugerah Sasterawan Negara mahupun anugerah S.E.A Write Awards. Ada sesiapa yang peduli? Pada saat dan ketika Bahasa Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan, nampaknya sisa-sisa nilai keindahan dan keintelektualannya pun semakin dihakis. Apakah nilai dan gaya bahasa para sasterawan kita terlalu berat, seberat batu sehingga gagal digalas mahupun dipikul oleh bahu pelajar kita? Aku tidak mengerti kewarasan cadangan ini. Mungkin atas faktor popular?
Semoga luahan rasa Pak Samad mendapat perhatian yang sewajarnya. Janganlah biarkan Bahasa Melayu kita dibiarkan mati dan dikuburkan tidak bertanda kelak. Cukuplah dengan segala macam keruwetan masalah bahasa yang ada - tiada diberi nilai ekonomi, bahasa rancu, dipinggirkan, dan sebagainya. Berbanggalah dengan bahasa yang kita miliki ini. Bahasa kita, tanggungjawab kita. Buktkan slogan yang muluk ini, kerana bahasa itu jiwa bangsa Malaysia.

Sabtu, 16 Februari 2008

Salam

Salam dari selatan!
Semoga semua dalam peliharaan Allah - lebih2 lagi dalam mood p/raya umum yang sedang berlegar dalam iklim kita sekarang. semoga dapat menunaikan hak dengan bijak, waras, dan matang. selamat memangkah kertas undi anda
salam

Rabu, 30 Januari 2008

sekadar renungan

Salam,

Terima kasih buat akhi isharuddin, cikgu alia, dan sesiapa yang sudi menjengahdan bertandang ke alam maya blogku. Aku di sini sihat2 aje, cuma pack dengan pelbagai aktiviti. semoga kalian di sana juga sentiasa sihat dan dirahmati allah dalam usaha mendidik generasi islam kita. salam buat semua warga alamin...

Sabtu, 26 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat manki yang telah memberi komen yang menggugah rasa. ye, populariti itu satu fakta, tetapi keaslian dan kehebatan para penulisan tersohor dan matang tidak wajar dilongkangkan begitu sahaja atas nama terlalu 'berat' untuk dihadam oleh khalayak kita. jika membaca dianggap berat, bagaimana pula hendak memimpin negara kelak?
baca, fikir, dan renungkan...bertindak secara waras.
salam dari aku!

Rabu, 23 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat yang sudi meng'emel' diriku di selatan semenanjung emas ini - buat bekas teman seperjuangan ust idris yg banyak cerita berangkainya, buat kak fauziah yang banyak berbudi kepada pasukan debat, kppk, dan juga diriku sendiri, buat man ki - "jolok motosikal ye bang?", buat fahrul radzi, bekas anak muridku yg cukup besemangat, juga buat lina anak muridku yang banyak berbudi, serta sesiapa sahaja yang mengenaliku - moga allah memberikan yang terbaik buat kalian!
Hmm, apa komen kalian tentang isu yang berlegar kini - teks komsas pmr & spm yg dikatakan tidak akan lagi mengangkat novel2 pengarang tersohor, sebaliknya memilih teks2 oleh pengarang glmaour kegilaan remaja sekarang? Aku mengikuti perbincangan ini khususnya dalam akhbar mingguan malaysia minggu lepas? apakah teks oleh pengarang2 besar seperti a.samad said, shahnon ahmad, faisal tehrani terlalu 'berat' utk dihadam oleh para pelajar kita? samapai bila kita harus mewajarkan soal 'berat' ini. bagaimana mahu membentuk modal insan jika remaja kita terus disogokkan dengan teks bersifat popular yg hanya menghidangkan 'lauk' memualkan kisah cinta, putus asa, kisah lip lap keglamouran bersifat plastik, seumpama kiambang - nampak indah timbul di air, tetapi akar tak jejak di dasar! apakah kita akan terus mengajar anak2 kita berfikir hanya sejengkal - sudah berjumpa cinta pujaan, hidup ini telah lengkap segala - happily ever after, sedangkan cabaran yang menganga di luar sana cukup besar! Janganlah kita menghumbankan permata yang kita miliki semata2 terpana dengan kemilau pasir di hujung jalan...apa pandangan kalian?
Salam!

Sabtu, 19 Januari 2008

Salam

Tkasih kepada mereka yang sudi menyapaku di ruangan maya ini.

Aku sihat2 sahaja di sini, kuharapkan kalian lebih lagi. Tiada apa yang menarik di sini selain kesibukkan aku sebagai pelajar. Moga kalian dirahmati allah dari dunia sampai ke akhirat. buat bekas anak-anak didikku di alamin moga kalian terus berjaya.

salam dari aku di selatan.

Ahad, 6 Januari 2008

sekadar renungan

Salam

Kita bertemu lagi...

Aku berhijrah kali ini - meninggalkan seribu kenangan, sejuta rasa - bercampur baur ada rasa sedih dan pedih, antara suka dan bahagia, antara kesedaran dan terkilan

Buat alamin, semoga terus kekal karar berbuat baik dan ihsan kepada sesiapa yang layak menikmatinya atas segala jerih payah, keringat, tangis, empati, dan simpati. Agar jangan ada lagi 'kesengajaan', 'kesilapan' yang dibuat2 - agar tiada lagi khabar angin, sejuta istilah sengaja yang dimomokkan (antara golongan tuah yang setia dan golongan jebat yang menongkah tradisi, mencipta ambruk, dan menghantar sembah derhaka kepada para pemuka) hingga mencuit cuka dirasa, menggetar asa di jiwa, menyilau tak kena di mata, dan membingit sumbang di telinga - semoga segala yang tidak enak2 itu kita sama2 humbankan dari qalbu seorang manusia bernama insan islam.

semoga segala kritikan terhadapmu - dari anak kecil berhingus, remaja sedang membesar yang sering melontarkan soalan dan pandangan mahupun dari golongan dewasa dapat memberikan 'sesuatu' kepadamu. santunilah mereka selayaknya kerana mereka amat siaga dengan segala pergerakanmu.

Untuk rakan2 senangkatan yang pernah bersama-sama menongkahi kekurangan dan kelebihan tersedia - moga terus tabah dan bekerja secara luar biasa untuk meladeni karenah, peel, dan soal jawab anak-anak yang mungkin masih hijau - semoga kebaktian kalian akan dinilai & diganjari allah!

Buat anak-anak didik yang pernah kusantuni dahulu - 1 urw, 1 atb, 1 aqb, 2 hab (05), 4 sal, 4 naz, 1 urw, 1 aqb (06), dan 1 atb, 4 sal, 3 ast, 3 arz, 3 asy (07) - pengalaman bersama kalian sukar kucabut@kulontarkan dari kotak fikirkanku - kalianlah memperkenalkan aku dengan erti sabar, marah, tekun, dan rasa pembimbing dalam diriku. Jika ada salah tinggi melangit melangkaui langit kirmizi allah taala, aku memohon maaf dari kalian. moga kalian terus berjaya dunia hingga ke akhirat...

Bagi aku, banyak kebaikan yang kalian telah curahkan - aku akan sentiasa berlapang dada dengan segalanya - kuharapkan kalian dapat memaafkan segala kekurangan diriku yang amat banyak, masih bersisa...semoga kalian terus berada dalam lingkungan peliharaan allah sentiasa. allh hu akbar!