Ahad, 27 Julai 2008

sekadar renungan


Salam semua...


Apa khabar kalian ketika ini? semoga sentiasa dalam peliharaan allah sentiasa. bagaimana dengan perjalanan hidup dan rutin semua? semoga walau apa pun yang dilaksanakan pastikan ia tidak tergelincir dari landasan islam yang sebenarnya. tiada apa sebenarnya yang ingin aku coretkan di sini sekadar berbasa basi sahaja. mungkin belum ada selera untuk aku menulis banyak2 dan panjang lebar sebagaimana biasa. cuma aku ingin menukilkan di sini kata-kata ustaz yang kedengar dalam ceramahnya di keretaku pagi tadi.


1. masa kita hanya ada tiga; semalam, sekarang, dan esok. semalam telah berlalu, esok belum pasti dan kinilah yang wajar kita gunakan sebaiknya.


2. matlamat tidak menghalalkan cara.


Jadi fikir, timbang, dan bertindak sebaik-baiknya....


salam dari negeri hujung tanah.

Jumaat, 25 Julai 2008

Sekadar renungan


Salam. Kita bertemu lagi...


Buat boundries...maaf us lambat respos pertanyaan anda. agak sibuk dengan praktikal di sini. semoga bm anda lebih baik kini jika dibandingkan masa belajar dgn sahaya dahulu. tentang karangan peribahasa tu, akan us usahakan tetapi bukanlah dalam masa yang terdekta ini. us akan cuba membuat yang termampu untuk dipaparkan di alam maya blog ini. maaf dan harap tabah menunggu.


bagaimana dengan kalian yang lain? semoga terus berada dalam rahmat Allah sentiasa. buat yang di tingkatan tiga, selamat menikmati pui dengan penuh kesabaran. buat semua, moga kita berjaya duniac & akhirat.


Salam dari negeri hujung tanah.

Selasa, 8 Julai 2008

sekadar renungan

Assalamu'alaikum!

Lama tidak berhubung di alam penuh maya ini.

Buat masa ini diriku ini sihat2 sahaja. Buat us idris, hamba sihat2 sahaja. tuan hamba bagaimana gerangan adanya? moga suasana di negeri melaka baik2 adanya di bawah pemerintahan tuan hamba bersama bendahara seri wak raja.

buat us isha, azhan, abi yazid, us ayub, dan semua semoga berjaya dunia & akhirat. kalian tetap kuingati sebagai rakan seperjuangan yang best, sporting, dan baik!

buat man ki...ha ha, us pun dah tak ingat pasal buku tu. kalau ada kesempatan bila2, boleh le pulang. insya allah. di mana sekarang? tak menjolok motosikal ke bang? apa cerita kawan2 4 naz 06 yang gemilang, meriah, dan penuh kelakar dulu? buat anak2 ku yang lain, us sihat2 aje. la ni menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di skudai selama 3 bulan. sibuk le adanya. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog us. semoga kalian terus dirahmati allah dan berjaya. us di sini pun lebih kurang 5 bulan lagi nak menamakan kursus kabupaten peringkat yang sepatutnya.

bagaimana aa agaknya? makin meriah harapnya. apakah surau yang dibina sepekan yang lalu telah siap adanya? yang lain2 apa cerita adanya? buat anak2 yang bakal menghadapi pmr tak lama lagi, terus kuat berusaha dan semoga berjaya. pui dah mula ke? memang berat kan, tapi percayalah tanpa usaha sepahit hempedu, tak akan ada kejayaan semanis madu! selamat berjaya ye buat semua - fahrul, nabil, khalilah, diyana, dan semua le yang us mungkin tak ingat namanya tapi ingatan tak pernah luput. juga buat yang nak menghadapi spm, semoga cemerlang hendaknya. score, jangan tak score!

oklah, tiada apa lagi yang us nak coretkan. alhamdulillah us sihat2 aje di sini. semoga kalian berlebih2 lagi. kita jumpa lagi pada lain kesempatan.

salam dari negeri hujung tanah.