Jumaat, 29 Ogos 2008

sekadar renungan


merdeka tuta 2

sekadar renungan


merdeka tuta...29 ogos 2008

sekadar renungan


Salam


Aku Merdeka


Merdeka datang lagi...

dengan rasa berbaur syukur dan pesta

apakah makna merdeka bagi kita?

sekadar pesta-pestaan dan laungan perit tekak

kemudian kosong tanpa makna sejentik pun?

merdekakah kita pada saat dan detik ini?

merdekakah kita ramadhan yang bakal menjelang ini

sedang pesta membeli-belah telah digenderangkan di mana-mana

setiap inci pelusuk gedung membeli-belah?

merdekakah nafsu kita ramadhan ini dengan segala serakah yang masih membalut rasa dan jiwa?

merdekakah mrdeka kita yang dikatakan merdeka dan penuh berjiwa merdeka

aku takut aku belum merdeka,

aku belum merdeka dari segala kebobrokan yang ada dalam diri ini

semoga ramadhan memerdekakan kita dari segala fasad dan cela

apatah yang lebih utama, ramadhan di depan pintu

atau pesta-pestaan hari raya yang semakin menggugah rasa manusia?

Selasa, 26 Ogos 2008

sekadar renungan


Salam


Bertemu kita di alam maya ini...


Ramadhan makin menjengah ke sisi kita. Semakin tidak sabar bertemu dengan bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. seronok rasanya.


bagaimana dengan suasana anak-anakku di aa. moga semuanya tenang2 dan berjaya di dunia & akhirat. ha ha, moyot dah lama x dengar cerita... macam mana dengan persediaan pmr? harap2 berjaya dalam pmr/i. gunakanlah segala info sedikit yang ada dalam blog ini untuk kebaikan enti ye. salam kat kwn2 semua.

Rabu, 20 Ogos 2008

sekadar renungan


Salam


selamat bercuti buat semua warga pendidik serta anak-anak murid yang terus menekuni ilmu...


terima kasih buat sabirah dan us ishar yang sudi menjeguk ke gerbang maya hamba ini. buat diriku, sihat-sihat sahaja. terus menelaah ilmu yang sedang ditekuni sekarang.


ramadhan yang semakin menggamit pastinya memberikan rasa yang bercampur baur buat kita. sesungguhnya berbahagialah kita sebagai umat islam yang telah dianugerahkan nikmat iman dan islam. semoga ramadhan yang mendatang ini memberikan keunggulan buat kita yang mengaku sebagai islam.


baru-baru ini aku ada berbincang dengan seorang 'anakku' tentang isu al quds. banyak juga yang kami fikirkan. ya, aku berfikir-fikir, di mana letaknya isu al quds ini dalam kalangan umat islam kita pada hari ini. apakah kita sekadar melihat ia sebagai isu arab palestin semata-mata? bagaimana dengan tafsiran generasi muda terhadap isu ini. apakah kehangatan olimpik menghakiskan ingatan dan keprihatinan kita terhadap tribulasi tidak bernoktah umat islam di sana. di mana al quds di hati kita...?