Rabu, 12 November 2008

sekadar renungan

Salam!
Kita bertemu lagi. Terima kasih buat khalidah yang sudi bertanya. Heh, us tetap seperti dulu gak. Rasanya walaupun dah ke sekolah rendah, us tetap sama macam mana ajar enti dulu. Masih dengan perawakan dan cara yang sama. Cuma diharapkan, amal, ibadah, bi'ah hasanah & segala perkara yang relevan sebagai Muslim terus bertambah2, Amin!
Tuagas seorang pengawas? Bukan sekadar memakai uniform yang berbeza dari orang lain. Yang penting, sebelum menegur, menangkap, dan sebagainya, kita sendiri perlu lebih baik daripada mereka. Menjadi cermin kepada mereka. Baik dari segi akhlak, peel, sikap belajar, ibadah, kerajinan, budi bahasa, dan sebagainya. Memang tak mungkin kita tak lengkap sepanjang masa, tapi itu bukan alasan untuk berkata tidak secara wewengan tanpa tanggungjawab. Jawatan adalah tanggungan bukan keistimewaan. Jadilah diri sendiri, gali segala kebaikan yang ada dalam diri. Boleh jadi orang lain, seperti meniru peribadi Nabi Muhammad SAW, tetapi biarlah sebaik mungkin. Jangan buat separuh2, nanti terbengkalai langsung tiada kebaikan yang ditonjolkan. Rasanya ada banyak contoh yang enti boleh ikuti, dalam keluarga enti sendiri apa kurangnya. US sekadar memberi pandangan, tidak semesti diikuti sebab us pun bukanlah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan guru2 di aa yang budiman tu.
Di mana agaknya maryam sekarang ye? Semoga terjawab apa yang enti tanyakan. Terima kasih kerana masih sudi menyinggahi pelitamu.blogspot ni, terharu rasanya...heh heh! Salam buat kawan2 ye. Senang2 singgah le lagi...
Salam dari negeri hujung tanah!

Selasa, 11 November 2008

sekadar renungan

Salam!

Wah. kita bertemu lagi setelah sekian lama tidak berhubung di alam maya ini. maaflah, banyak tuntutan2 peribadi yang harus kulalui...

aku baru sahaja menempuhi peperiksaan akhir semester dan awal tahun ini aku mulai bertugas...pastinya mengajar. Insya Allah di sekitar selangor, namun belum pasti akan tempatnya. terima kasih buat anmr kerana sudi singgah di lamanku ini. bukan sengaja menyepi, tapi ente faham2lah tuntutan sebagai student ni. hah, buat hanan, nabilah, dan anak-anak murid yang sudi menjenguk dan bertanya khabar, terima kasih daun keladi atas ingatan tak putus2 kalian. untuk kembali mengajar di aa, rasanya tidak lagi. maaf, bukan bermaksud menghampakan, tetapi inilah hakikat yang harus ditelan. lagipun siapalah diri us, jika nak dibandingkan dengan sekian ramai guru2 berkaliber di sana. semoga terus beriltizam tinggi belajar, us doakan kalian terus berjaya selamanya, dunia & akhirat.

perasaan mengajar tempoh hari ketika praktikal? sememangnya seronok sebagaimana dengan anak2 di aa. cuma bezanya mereka itu anak2 kecil di sek rendah yang perlu sabar mengajaranya. mereka itu amat cepat mengikut dan mencontohi kita. jadi kena sentiasa siaga. malah sampai hari ini masih ramai lagi yang menghubungi us bertanya itu dan ini, selayaknya dengan peringkat umur mereka.

us ada lebih kurang 4 minggu lagi untuk menamatkan pelajaran di negeri hujung tanah. insya allah selepas idul adha akan berada di kl sementara menunggu ke sek baru pada awal tahun depan. insya allah jika ada kelapangan, us akan ke aa untuk berjumpa kalian.

salam dari negeri hujung tanah