Rabu, 18 Mac 2009

sekadar renungan



Salam!


Sabda Rasulullah SAW:


"Ingatlah roda kitaran Islam itu akan berpusing dan kamu hendaklah berpusing bersama dengan Islam (kamu jangan lari dari Islam walau apa keadaan sekali pun)


Ingatlah akan ada dalam kalangan kamu pemimpin atau ketua-ketua yang beramal untuk mereka, bukannya untuk kamu, kalau kamu mengikut mereka, mereka menyesatkan kamu, kalau kamu menentang mereka, mereka akan membunuh kamu.


Lalu sahabat bertanya, Bagaimana akan kami perbuat kalau kami bertemu keadaan yang sedemikian?


Jawab Nabi, Jadilah kamu seperti sahabat-sahabat Nabi Isa (hawariyyun), mereka itu disula pada kayu-kayu dan dibelah dengan gergaji (mereka tetap tidak berganjak dari agama Allah). Mati dalam taat kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhakakan Allah"


Saidina Umar pernah berkata (begini lebih kurang maksudnya), "Kita adalah manusia hina yang dimuliakan dengan Islam. Maka sesiapa yang mencari selain daripada Islam, maka hinalah ia".


Fikirkanlah, mengapa masih lagi mengikut peta2 sesat sedangkan Islam yang membawa rahmat dunia akhirat luas terbentang saujana mata memandang di depan kita?


p/s; buat semua anak2 aa, saya juga rindu akan kalian. insya allah bertepatan masa dan rezeki dariNya, hadirlah saya di sana menjenguk kalian. semoga diberkati allah sentiasa.

Selasa, 10 Mac 2009

sekadar renungan


Salam


Alhamdulillah, masih ramai lagi yang sudi menjenguk ke gubuk maya hamba. buat kak fauziah, terima kasih banyak atas jasa dan kebaikan selama kita kenal. salam buat suami & anak2 yang baik budi. saya mengajar di pekan rawang. kampung kakak menjadi tempat saya mencari rezeki allah...


buat najid, us masih kekal dengan ente. senang2 us akan contact enti. buat nabila, waduh kamu terkesan bangat dengan sinetron dari seberang ya! ya, kok nanti ada kelapangannya, us akan segera mampir ke sana, tp entah bila enggak dapat kupastikan lagi. ada rejeki & ruang, saya pasti singgah ke sana. buat wardah, hah bagaimana dengan pmr tempoh hari? us jugak tak pernah lupa dengan enti & kawan2 1 aqb 06. menarik dan meriah rasanya mengajar di sana...


buat semua, selamat berjaya dalam apa sahaja yang dilakukan. moga dalam peliharaan allah sentiasa...


salam dari bumi selangor darul ehsan.