Rabu, 22 April 2009

sekadar renungan

Salam.

Pesta buku antarabangsa malaysia singgah lagi di bumi kuala lumpur. malang sehingga saat ini, aku belum sempat memanfaatkan masa senggang aku untuk singgah ke sana. insya allah jika diizinkan allah, sehari dua lagi aku akan ke sana bersama ratusan, ribuan atau mungkin sekadar puluhan ulat buku menikmati kebanjiran buku-buku yang dijual di sana.

aku di sini sekadar ingin mencoret isu yang diputarkan kembali tentang betapa rakyat malaysia amat malas membaca buku (adilkah tanggapan itu? terserah kepada masing-masing untuk menjadi jurinya) seingat aku, ketika aku masih di sekolah rendah, terdapat kajian dari inst toyota bahawa purata rakyat malaysia membaca pada ketika itu hanyalah dua muka surat setahun! hebat bukan?

memang sudah menjadi rahsia umum bahawa kita (mungkin lebih tepat aku) malas membaca - hendak membeli sebuah buku sebulan pun agak berkira, jika dibandingkan dengan membeli top up dan semua keperluan? kehendak lain. mungkin sebab inilah industri buku negara kita malap dan "mandom" (meminjam istilah yang pernah aku dengar) sehingga penulis2 besar seperti dato' a. samad said, faisal tehrani, dan lainnya kecewa dengan sikap kita - baik pembaca, pencetak, penerbit, dan sebagainya yang tidak mesra buku. mungkin keterlaluan dakwaan ini?

cuma apa yang ingin aku zahirkan di sini ialah masyarakat kita memang membaca - tetapi apakah yang dibacanya? majalah2 yang memaparkan kisah hidup artis, gossip, dan sebagainya menjadi buruan kita. betul kan? belum lagi dikira dengan minat dan kegilaan kini - program realiti tv dan kisah2 mistik yang melimpah ruah seperti air menorobos empangan.

itulah kisah kita. fikir dan tengoklah di mana kita atau mungkin sebenarnya aku!

salam dari bumi darul ehsan.

Khamis, 9 April 2009

sekadar renungan


Salam.



Bertemu kembali di alam maya ini. Heh, heh, buat omar, anda tetap us kenali. Tak boleh budak kecik 1aqb 06, yang namanya cantik, omar ahsan islahi. lagipun kakak & abang ente pun us kenali. buat se mua bebudak bola alamin tempoh hari semua karar berjuang baik di padang, kelas, lebih2 lagi di dunia yang penuh mencabar ini. tak lupa buat mohd s yang sudi meninggalkan pesanannya di mail box, insya allah kita akan berjumpa apabila ada ada rezeki dariNya. juga tahniah buat us azhan & us abi yang merangkap jurulatih & pengurus pasukan impian aa. teruslah le berbuat yang terbaik buat anak2 aa, moga ada ganjarannya dari Allah.



salam dari aku!

Isnin, 6 April 2009

sekadar renungan


Salam...


Hari ini merupakan hari yang menarik buatku. Sempena pertandingan bolasepak peringkat zon gombak, aku telah bertemu kenalan lamaku di alamin. seronok rasanya dapat bertemu semula dengan ustaz azhan, abi yazid, juga ahmad nazri.


lebih daripada itu aku bertemu semula dengan bekas anak-anak muridku yang sedang berjuang dalam pertandingan itu - fudhail, abd. rashid, salman, najid, hanis, fawaz, dan ramai lagi yang mungkin namanya telah aku lupai. sudah besar panjang mereka semuanya.


cuma satu yang menarik dan mungkin menghairankan bagi mereka yang sengaja hairan. anak2 alamin ini tetap komited melaksanakan solat zuhur berjemaah mereka bersama ustaz2 mereka walaupun ketika berada di padang. aku terdengar komen2 pelik dan sesetengahnya sinis tak bertempat dalam kalangan murid-murid lain yang mungkin melihat orang bersolat di padang tanpa sejadah. walaupun telingaku menangkap sesuatu yang asing, tapi itulah hakikatnya...kita mengaku islam tetapi masih gagal memahami keindahan islam sebenarnya...


lalu bagaimana? tanyalah iman kita, di mana islam kita!

buat anak2 alamin, tahniah ke peringkat separuh akhir dan selamat berjuang.


salam dari bumi rawang.

Jumaat, 3 April 2009

sekadar renungan

SSalam!


...semua ke syurga kecuali dia, kubimbangi dialah diriku...


(perhatikan dan hadamkan lirik lagu yang tertera di atas. tak tergambar rasanya kan? semoga allah sentiasa memberikan taufiq dan hidayahNya buat kita...)