Sabtu, 13 Jun 2009

sekadar renungan




Salam...




Kita bertemu lagi dalam ruangan maya ini. apa khabar kalian? semoga sentiasa berada dalam rahmat allah.




selamat hari bapa kepada semua ayah, bapa, abah, ayahanda, walid, abi, bapak, beliau, encik, dan pelbagai gelaran yang sesuai untuk manusia bergelar ayah. namun seperti aku nyatakan dulu, semoga bukan sekadar bulan jun sahaja yang wajar dan perlu untuk kita menghargai segala jasa, jerih, pedih, perih, dan pengorbanan seorang manusia lelaki bernama ayah. ayah wajar disantuni sepanjang masa, bukan?




aku teringat bait2 lagu yang pernah popular sikit waktu dahulu, lebih kurang begini liriknya...




satu, kasih yang abadi


tiada tandingi, Dia yang satu.




dua, sayang berpanjangan,


membawa ke syurga, kasihnya ibu.




tiga, lapar dan dahaga,


rela berpayahan, setianya ayah...




begitulah seorang ayah. walaupun ayah kita masing2 bukan super hero yang penuh superficial - bukan transformer, bukan keluang man, bukan cicak man, bukan ultraman taro, nexus atau hayata, bukan batman, bukan x-man dan sebagainya, ayah tetap hero kita dalam cara mereka masing2. kebetulan pula aku ketika ini menjaga ayahku yang kurang sihat. tapi, apa yang aku lakukan tidak layak untuk dibandingkan dengan segala pengorbanan yang telah dilakukannya mendidik aku sebagai manusia.




hargailah ayah kita masing-masing. jika dia telah tiada, sama2lah mendo'akan kebahagiannya selama-lamanya.




apa pun, manusia bernama ayah tetap hero!




salam dari seorang anak!

Khamis, 11 Jun 2009

sekadar renungan


Salam...



Kita bertemu lagi pada ruangan maya ini. Hah, cuti sekolah kiann tersisa. Macam2 yang berlangsung pada masa cuti ni. rasaya ramai yang melaksanakan sunnah rasulullah, mendirikan rumah tangga. aku sendiri - adik ipar aku turut berkahwin, begitu juga dengan rakan seperguruan tahun lalu, turut berkahwin - apa2pun semoga berbahagia &dirahmati allah sepanjang masa.



buat anak2 di sekolah khususnya, selepas cuti berakhir ini, tugas kalian akan bermula - rutin sekali lagi. cuma bertambah dengan persediaan untuk melihat hasil yang bakal dituai menerusi peperiksaan yang berlaku sebelum cuti lalu. kalau baik hasilnya, tersenyumlah kalian - jika sebaliknya, bersedialah menghadapinya dengan sabar. nampaknya, banyka kerja-kerja yang perlu dilakukan di samping menyediakan alasan kalian atas pencapaian yang mungkin kurang baik untuk menghadapi ibu bapa... apa pun, jangan ada istilah putus asa dalam kamus hidup kalian. mukmin yang baik akan sentiasa berusaha dan positif serta bersangka baik dengan Allah SWT. teruskan usaha dan terus menjadi umat islam yang baik.





salam dari aku!