Sabtu, 22 Ogos 2009

sekadar renungan...







Salam






Alhamdulillah, kita diberikan ruang bertemu dan menikmati ramadhan tahun ini. Syukur ibadah puasa telah dapat sama2 kita sempurnakan hari ini.






buat saudara seagama, diharapkan kita dapat memanfaatkan kebesaran bulan ini sebaik2nya. juga semoga kita menemui lailatul qadr, insya allah...






salam dari aku di madrasah ramadhan...!

Selasa, 11 Ogos 2009

mata yang memandang...




Salam.




Situasi ketika "acara berpakaian surat khabar" di 5c & 5a. heh, heh, suruh buat pakaian tradisi - yang jadi pakaian super hero...ada yang jadi the "mami", bumble bee, pahlawan baju besi, dan macam2 lagi. suka hati kau le labu!

Isnin, 10 Ogos 2009

sekadar renungan


Assalamu'alaikum w.b.t.


kita bertemu lagi pada ruangan maya ini. kadangkala apabila membaca mesej, yang ditinggalkan pada ruangan sembang & gebang aku terhibur juga rasanya. namun apa yang ingin aku tegaskan di sini, janganlah kalian menggunakan kalimah & lisan yang keras & memalukan kita sebagai manusia yang waras. buat anak2 5a skr dengan nick name yang aku ketahui, tak menjadi masalah. namun buat mereka yang bertopeng dengan nama samaran, lawatan anda, aku alu2kan, namun lisan yang melampau, amat2 tidak aku hargai & perlukan.


renungkan hakikat ini...

betapa banyak kemusnahan, sengketa, dan perselisihan berlaku hanya kerana kita cuai, gagal, lalai & alpa menjaga satu anggota tubuh bernama lidah? sebab itu pepatah melayu ada menukilkan, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. awasilah mulut aku, kalian, & kita. jangan disebabkan 'keceluparan' mulut kita nanti, menyebabkan hizab kita di mizan allah swt pada hari kiamat, condong ke arah neraka jahanam.


awasilah lidah yang satu. jagalah lisan yang dituturkan. bukan sekadar fikir dahulu sebelum buang, malah yang lebih penting, fikir dulu sebelum bertutur.


banyak lisannya, banyak silapnya. banyak silapnya, banyaklah dosanya. banyak dosanya bermakna kita sengaja mendekatkan diri pada kemurkaan allah swt.


barang diingatkan jangan diperlekehkan nama hudzaifah ibnu yaman kerana yang empunya nama punya citra gemilang dalam sejarah keagungan islam.


semoga kita menjadi insan yang waras & bertaqwa lebih2 lagi pada zaman fitnah dunia akhir zaman ini. kembalilah pada jalanNya, allah hu akbar!

Selasa, 4 Ogos 2009

sekadar renungan




salam




kita berjumpa lagi. terima kasih kepada kalian yang sudi dan rajin memenuhi ruang sembang & gebang dalam maya ini dengan pelbagai komen, karenah, dan marah. teruskanlah, asalkan waras, senonoh, & wajar. kita raikan pendapat orang lain kan?




buat anak2, khususnya ms183 ye, kalau tak silap & semua penghuni amanah 09, memang soalan k1 bm tadi agak susah & memeningkan. saya akui itu. tapi lihatlah ia dari sudut yang postif & membina. sampai bila kita harus disuapkan dengan segala yang mudah, senang, dan indah-indah tanpa ada rasa berani untuk menghadapi kesukaran. bukankah setelah kita berbincang, banyak ilmu baru yang kita ketahui? betapa panjang ungkapan, "oooooo, baru saya tahu. alamak silap le" dalam kelas kita tadi? bukankah ramai yang baru tahu bahawa keping juga boleh menjadi penjodoh bilangan bagi kata nama tanah? bukankah kesusahan itu ada rahmat istimewa buat kita yang mahu berfikir?




namun memang menyedihkan kerana bilangan yang gagal sudah meningkat ke 8 orang, sesuatu yang sukar diterima oleh orang lain tetapi tidak bagi aku. itu adalah proses belajar. cuma hakikat pahit terpaksa ditukarkan kelas mungkin harus ditelan. pahit itu kan ubat? untuk k2, setakat bahagian a disemak, ada peningkatan dan kecemerlangan, tetapi masih ada golongan yang masih meneruskan kesalahan2 yang sering ditegur dan dibebelkan selama ini. kita lihatlah nanti. insya allah menjelang minggu hadapan, semuanya akan usai dan kalian akan menikmati hasil jerih perih tadi. bersabar le ye...




salam dari aku!

Isnin, 3 Ogos 2009

hijau bumi allah...
















Salam










Hujung minggu yang lalu aku berkesempatan bersama rombongan sekolahku melawat ke langkawi - suatu nama & tempat yang menjadi kesukaan sebilangan orang - dunia untuk membeli-belah pelbagai barangan dengan harga yang murah.










perkenalan aku dengan bumi langkawi agak memeritkan juga gara-gara sikap ejen yang mengambil mudah soal rombongan kami - setelah tersadai selama kira-kira 6 jam lebih, barulah aku dapat masuk ke bilik hotel - tak apalah itu, sudah rezeki yang ditentukan allah, ada baiknya yang mungkin tak dapat aku lihat ketika itu.










pengalaman di langkawi ketika itu tidaklah begitu menerujakan. cuma apa yang dapat aku lihat, banyak tempat dan keadaan yang terbiar dan agak kotor di sini. dataran langkawi misalnya agar terbiar dan tak terjaga. mungkin betul atau tanggapan aku yang silap. namun, apa pun keindahan bumi allah ini tetap menarik hatiku. subhanallah!










namun apa yang lebih best ialah ketika rombongan kami berkunjung ke kuala sepetang, berhampiran dengan bukit gantang. jeng, jeng, jeng...apa yang lebih menarik? tentunya ketika menikmati mee banjir udang yang terkenal di bumi perak. syukur alhamdulillah rasanya memang sehebat nama & reputasinya. semuanya makan dengan tidak panggung kepala. alhamdulillah terlalu banyak nikmatMu, ya Allah!










buat rakan2, terima kasih atas kesabaran & iltizam serta sokongan kalian sepanjang kembara kita ke utara tempoh hari. semoga allah membalas jasa baik kalian. insya allah, ada rezeki, kita akan merencana kembara baru kelak.










salam dari aku!