Jumaat, 27 November 2009

sekadar renungan

salam.
kita bersua lagi. salam eidul adha. selamat menjalankan ibadat qurban. semoga kita rela dan redho mengorbankan apa sahaja yg layak dikorbankan, mengikut upaya kita; selagi ianya tak bercanggah dengan syara'.
buat anak2 skr yg sedang menikmati & meladeni cuti, gunalah sebaik mungkin, sebijak2nya sebagai manusia berakal. mungkin ada yg terpaksa menolong ayah, ibu; juga mengikuti kelas tambahan. ikhlas le sebaik mungkin, pengorbanan kalian terlalu kecil jika dibandingkan kekasih allah, ibrahim a.s & muhammad s.a.w. renung2kanlah....
salam dari aku!

Selasa, 24 November 2009

berita kepada kawan

salam.
MAKLUMAT PENTING KEPADA ANAK2 BAKAL WARGA TAHUN 6 SKR!
KELAS TAMBAHAN AKAN DIADAKAN MULAI 1 DISEMBER 2009. SURAT MAKLUMAN RASMI AKAN MENYUSUL MENEMUI IBU BAPA KALIAN.
KELAS MELIBATKAN MATA PELAJARAN TERAS. DARI KELAS ITU, KALIAN DAPAT MENCONGAK, MENGAGAK, DAN MEMBUAT TAFSIRAN BAKAL PEMBIMBING ANDA PADA TAHUN 2010 M KELAK.
MAKLUMAT & JADUAL AKAN DIMAKLUMKAN. HARAP TIDAK DIBIARKAN BERLALU PELAUNG INI KERANA ILMU TIDAK DATANG MENGGOLEK ATAU MELAYANG. SAKIT SEDIKIT HARI INI, NIKMATNYA MELIMPAH RUAH KEMUDIAN HARI....
salam dari pembawa berita!

Sabtu, 21 November 2009

mata yang memandang...




Salam.




Buat semua warga skr, selamat bercuti. semoga dapat memanfaatkan cuti ini sebaiknya. begitu jua buat warga tahun 5 skr, semua gembira dan selamat semasa cuti ini. insya allah kita akan berjumpa pada sesi 2010.




buat yang berjaya pada upsr, peperiksaan akhir 09, berjaya ke kelas yg lebih baik @ mengekalkan kedudukan, tahniah diucapkan. buat anak2 yg kurang bernasib baik, jangan putus asa. cuba lagi kerana rahsia orang berjaya ialah tidak mudah berpuas hati dengan kedudukan yg ada. kedudukan yg kalian raih kali ini, bukan bermakna penamat segalanya. jalan masih jauh, insya allah dengan kerja kuat, do'a yg tiada hentinya, kejayaan akan menjadi milik kalian, insya allah.




sekian, salam dari aku dan selamat bercuti.