Jumaat, 27 Februari 2009

sekadar renungan


Salam!


Hah, hah, kita bertemu lagi. Hah, tiba-tiba aku terlihat pesanan dari khadeeja...apakah khadeeja anak muridku yang dikenali sebagai dj dulu...? huh, lama tak dengar cerita. us sihat2 aje. mudah2an enti pun begitu. begitu jua buat muaz omar. pun dah lama tak dengar cerita. salam buat kawan2 ting 3 ente. moga cemerlang dalam hidup dunia & akhirat.


buat us idris...wah , jauh bonar ekau merantau jang. napo dah tak duduk di s'gor laie. merajuk membawak diri ko. ese sihat2 ajo kek sini. masih di rumah lamo laie, cumo sekolahnyo hah tukar ke rawang. tak do sapo kobarkan ekau dah ke negori sembilan. ada ruang, maso, dan kesempatan, dapek le ese ke alamin nanti. apo2 den kobakanlah kat ekau. salam buek kawan2 kek sano tu.


salam dari den di sini buat semuo di sano

Jumaat, 20 Februari 2009

sekadar renungan




salam.




terima kasih kepada amir fuhaira. us tetap ingat ente...tak pernah lupa anak2 di aa. kalian ada tempat yang istimewa dlm diri us. di sini us lampirkan gambar2 suasana di sek baru us. lihat dan nikmatilah!

Rabu, 18 Februari 2009

sekadar renungan


Salam.


Maaf, sekian lama tidak menulis sesuatu di ruangan maya ini. Mungkin aku sering beralasan, tetapi itulah yang aku lalui. kebetulan hari ini aku berkesempatan, aku mc hari ini. sakit tekak, tiada suara. mana mungkin tugas aku yang memerlukan suara ini bisa kulunaskan tanpa suara. dapat le aku berehat2 di rumah & dapat aku mencuri2 masa senggang untuk meladeni ruangan ini. fuh, betapa kerdil lagi kurasakan bila nikmat suara ini serak & sakit kurasakan. allah maha besar, syukur dengan limpahan nikmat yang kau berikan padaku yang serba kurang ini. allah hu akbar!


terima kasih buat ust alia, nabilah, azah, dan sesiapa yang sudi menjenguk ruanganku ini. ada lagi ingatan kalian buat diriku ini. syukran atas ingatan kalian. buat aku, kenangan, pengalaman, dan segala macam yang enak2 di bumi aa akan terus kusimpan kukuh2 dalam kotak kepalaku ini. senang2 aku akan singgah ke sana. tetapi bila ye? mungkin sekali lagi aku beralasan tetapi insya allah akan kuusahakan sebaik2nya.


aku kini ok sahaja. cuma agak sibuk dengan tugasan hakiki di sekolah baru. cabarannya lebih kerana melayani anak2 yang masih hijau2 lagi. tetapi aku gembira walaupun tugasnya panjang, ruwet & cerewet. aku gembira dan berusaha menikmati segalanya. itulah usaha yang mampu aku lakukan untuk memberi sedikit apa yang aku ada buat anak2. baik di aa mahupun di sini, tugasnya sama, cuma mungkin cabarannya berlainan.


buat nabilah & azah, terima kasih kerana sering bertanya khabar diriku. sudah ting 5 kalian ye? teringat lagi ketika mengajar kalian di tingkatan 1 dan 3 pada musim2 yang lalu. belajar baik2 (aku pasti kalian memang lebih2 lagi). salam buat rakan2 kalian. semoga spm memutikkan sinar gemilang dalam mencari makna kehidupan seorang muslim. jalan kalian semakin berliku tapi insya allah kalian akan berjaya dunia, akhirat.


cukuplah buat kali ini. senang2 kita bertemu lagi


salam dari aku!