Isnin, 18 Mei 2009

sekadar renungan







Salam

Selamat hari guru semua...
Buat rahman dashuki, selamat menempuh final exam. moga diberi kelapangan dan dipermudahkan. juga agar menggapai kejayaan gemilang. us tak akan lupakan kamu. jolok motosikal ye bang?
ni gambar2 sambutan hari guru di daerahku...

Ahad, 17 Mei 2009

sekadar renungan




SALAM!

Dulu DIA pegang rotan, AKU kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk kelas, AKU kata DIA malas. Bila DIA marah-marah, AKU kata DIA melampau. Kini, AKU adalah DIA....SELAMAT HARI GURU KEPADA SELURUH CIKGU DI MALAYSIA.




Sabtu, 9 Mei 2009

sekadar renungan


Salam.


Kita bersua lagi di alam maya ini. Semua orang sibuk memperkatakan tentang sambutan hari ibu yang disambut esok. maka dapat kita saksikan betapa ibu jadi penting pada hari esok (mungkin anggapanku salah, kerana bukan semua begitu...) tidak hairanlah jika jualan kad ucapan, bunga, kek, coklat dan sebagainya yang wajar melonjak tiba-tiba.


aku tak bermaksud untuk mengulas tentang apa yang kita dan semua lakukan. baguslah ada kesedaran untuk menghargai jasa seorang manusia hebat bernama ibu. cuma kita, aku rasa kerap kali terikut2 dengan budaya yang menghargai seseorang atau sesuatu cuma pada sesuatu masa yang tetapkan, umumnya sehari. maka wujudlah hari ibu, bapa, wanita, pekerja, guru, dan sebagainya yang disambut sekadar 1 HARI SAHAJA.


bagiku baguslah jika ada ingatan sebeaitu daripada tiada langsung. namun, jika difikir secara waras apakah kita sekadar menghargai ibu atau bapa sekadar satu hari sahaja. bagaimana dengan hari-hari yang lain? aku bukan prejudis apa lagi pesimis, cuma aku fikir ibu itu sepatutnya dimuliakan dan dihargai bukan hanya pada bulan mei tahun masihi sahaja, sebaliknya pada sepanjang masa oleh kita sebagai manusia bernama anak.


jasa seorang manusia bernama ibu tidak wajar sekadar dinilai dan dihargai pada bulan mei sahaja, malah lebih daripada itu. buat anak2 atau adik2 yang masih mempunyai ibu, hargailah dan taatilah mereka sepenuhnya. sesungguhnya kehilangan ibu amat sakit dirasakan. aku pernah merasakannya. sudah hampir 10 tahun tidak dapat aku lontarkan kalimah EMAK kepada seseorang yang menjadi ibuku. buat arwah ibuku, semoga kebaikan yang kau tumpahkan buat diriku, dibalas oleh Allah berkekalan dari dunia sampai akhirat. buat individu yang bergelar, EMAK, IBU, UMMI, MAMA, atau apa sahaja panggilan kalian, ketahuilah kalian sangat membahagiakan kami. semoga kebaikan kalian diganjari Allah SWT.