Sabtu, 19 September 2009

sekadar renungan...

Salam.
allahu akbar allah hu akbar allah hu akbar walillah hil hamd.
berlalulah bulan penuh keberkatan, ramadhan al mubaraq 1430 h, sebaik sahaja senja melabuhkan tirainya. buat semua, salam eid mubarak dari aku. semoga tarbiyah ramadhan telah memberikan kita nikmat islam dan iman yang jitu. ketika berseronok berhari raya, syariat islam hendaklah sentiasa dijunjung & digigit sekemas-kemasnya. dan jangan lupa untuk melaksanakan puasa 6 pada 2 syawal kelak.
salam lebaran...

Rabu, 9 September 2009

sekadar renungan...




salam.




telah sampai kita dalam kembara ramadhan ini ke takah 10 malam terakhir. malam yang terkandung di dalamnya al-qadr, malam yang besar barakahnya dari 1000 bulan (83 tahun). masya allah, betapa besarnya anugerah allah kepada umat muhmmad ini. adakah kita akan merebutnya - atau kita @ aku terus lalai dengan kesibukan dunia & persiapan hari raya. fikirlah dengan akal yang waras tentang ganjaran allah swt yang ternyata lebih besar malah lebih meriah dari tawaran yang terpampang di pintu pusat2 membeli belah, media, mahupun di mana sahaja sudut bumi allah ini...




" sesungguhnya telah Kami turunkan al-qur'an pada malam qadr. tahukah engkau apakah malam qadr itu? malam qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. turun para malaikat dan jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. penuh kesejahteraan (pada malam itu) hingga terbit fajar" (surah al-qadr)




salam dari aku di madrasah ramadhan.








Isnin, 7 September 2009

sekadar renungan...
















Salam.










ramadhan semakin menuju ke akhrinya. apakah aku telah mengambil manfaat darinya? aku masih lalai daripada merebut tarbiyah & ganjaran yang disediakan oleh allah swt. ramadhan, kedatanganmu ku nanti, melaluimu adalah suatu kenikmatan, dan pemergianmu amat menyedihkan diri. semoga kita dapat menikmati ramadhan ini sebaiknya, menemui & beramal pada malam al-qadr, amin!

sekadar renungan...


salam!


selamat berjuang buat anak2 yang meladeni upsr. semoga segala jerih, perih, susah, dan payah kalian selama ini berbaloi . semoga ramadhan ini melimpahkan rahmat buat kalian. selamat berjuang, jangan mengalah sebelum kalah. semoga kejayaan menjadi milik kalian, insya allah!