Sabtu, 26 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat manki yang telah memberi komen yang menggugah rasa. ye, populariti itu satu fakta, tetapi keaslian dan kehebatan para penulisan tersohor dan matang tidak wajar dilongkangkan begitu sahaja atas nama terlalu 'berat' untuk dihadam oleh khalayak kita. jika membaca dianggap berat, bagaimana pula hendak memimpin negara kelak?
baca, fikir, dan renungkan...bertindak secara waras.
salam dari aku!

Rabu, 23 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat yang sudi meng'emel' diriku di selatan semenanjung emas ini - buat bekas teman seperjuangan ust idris yg banyak cerita berangkainya, buat kak fauziah yang banyak berbudi kepada pasukan debat, kppk, dan juga diriku sendiri, buat man ki - "jolok motosikal ye bang?", buat fahrul radzi, bekas anak muridku yg cukup besemangat, juga buat lina anak muridku yang banyak berbudi, serta sesiapa sahaja yang mengenaliku - moga allah memberikan yang terbaik buat kalian!
Hmm, apa komen kalian tentang isu yang berlegar kini - teks komsas pmr & spm yg dikatakan tidak akan lagi mengangkat novel2 pengarang tersohor, sebaliknya memilih teks2 oleh pengarang glmaour kegilaan remaja sekarang? Aku mengikuti perbincangan ini khususnya dalam akhbar mingguan malaysia minggu lepas? apakah teks oleh pengarang2 besar seperti a.samad said, shahnon ahmad, faisal tehrani terlalu 'berat' utk dihadam oleh para pelajar kita? samapai bila kita harus mewajarkan soal 'berat' ini. bagaimana mahu membentuk modal insan jika remaja kita terus disogokkan dengan teks bersifat popular yg hanya menghidangkan 'lauk' memualkan kisah cinta, putus asa, kisah lip lap keglamouran bersifat plastik, seumpama kiambang - nampak indah timbul di air, tetapi akar tak jejak di dasar! apakah kita akan terus mengajar anak2 kita berfikir hanya sejengkal - sudah berjumpa cinta pujaan, hidup ini telah lengkap segala - happily ever after, sedangkan cabaran yang menganga di luar sana cukup besar! Janganlah kita menghumbankan permata yang kita miliki semata2 terpana dengan kemilau pasir di hujung jalan...apa pandangan kalian?
Salam!

Sabtu, 19 Januari 2008

Salam

Tkasih kepada mereka yang sudi menyapaku di ruangan maya ini.

Aku sihat2 sahaja di sini, kuharapkan kalian lebih lagi. Tiada apa yang menarik di sini selain kesibukkan aku sebagai pelajar. Moga kalian dirahmati allah dari dunia sampai ke akhirat. buat bekas anak-anak didikku di alamin moga kalian terus berjaya.

salam dari aku di selatan.

Ahad, 6 Januari 2008

sekadar renungan

Salam

Kita bertemu lagi...

Aku berhijrah kali ini - meninggalkan seribu kenangan, sejuta rasa - bercampur baur ada rasa sedih dan pedih, antara suka dan bahagia, antara kesedaran dan terkilan

Buat alamin, semoga terus kekal karar berbuat baik dan ihsan kepada sesiapa yang layak menikmatinya atas segala jerih payah, keringat, tangis, empati, dan simpati. Agar jangan ada lagi 'kesengajaan', 'kesilapan' yang dibuat2 - agar tiada lagi khabar angin, sejuta istilah sengaja yang dimomokkan (antara golongan tuah yang setia dan golongan jebat yang menongkah tradisi, mencipta ambruk, dan menghantar sembah derhaka kepada para pemuka) hingga mencuit cuka dirasa, menggetar asa di jiwa, menyilau tak kena di mata, dan membingit sumbang di telinga - semoga segala yang tidak enak2 itu kita sama2 humbankan dari qalbu seorang manusia bernama insan islam.

semoga segala kritikan terhadapmu - dari anak kecil berhingus, remaja sedang membesar yang sering melontarkan soalan dan pandangan mahupun dari golongan dewasa dapat memberikan 'sesuatu' kepadamu. santunilah mereka selayaknya kerana mereka amat siaga dengan segala pergerakanmu.

Untuk rakan2 senangkatan yang pernah bersama-sama menongkahi kekurangan dan kelebihan tersedia - moga terus tabah dan bekerja secara luar biasa untuk meladeni karenah, peel, dan soal jawab anak-anak yang mungkin masih hijau - semoga kebaktian kalian akan dinilai & diganjari allah!

Buat anak-anak didik yang pernah kusantuni dahulu - 1 urw, 1 atb, 1 aqb, 2 hab (05), 4 sal, 4 naz, 1 urw, 1 aqb (06), dan 1 atb, 4 sal, 3 ast, 3 arz, 3 asy (07) - pengalaman bersama kalian sukar kucabut@kulontarkan dari kotak fikirkanku - kalianlah memperkenalkan aku dengan erti sabar, marah, tekun, dan rasa pembimbing dalam diriku. Jika ada salah tinggi melangit melangkaui langit kirmizi allah taala, aku memohon maaf dari kalian. moga kalian terus berjaya dunia hingga ke akhirat...

Bagi aku, banyak kebaikan yang kalian telah curahkan - aku akan sentiasa berlapang dada dengan segalanya - kuharapkan kalian dapat memaafkan segala kekurangan diriku yang amat banyak, masih bersisa...semoga kalian terus berada dalam lingkungan peliharaan allah sentiasa. allh hu akbar!

Ahad, 30 Disember 2007

sekadar renungan


Salam


Hah, agak lama aku menyepi di persada maya ini. Rasanya belu, cukup terlambat buat aku mengucapkan salam kecemerlangan buat anak-anak yang mengecapi kejayaan dalam PMR. Buat yang kurang berjaya, jangan lemah dan putus asa. Walaupun kejayaan dalam PMR itu penting, namun ia bukanlah bersifat mutlak. Perjalanan kalian masih panjang dan punya masa untuk menambah baik yang kurang dan bersiap sedia semaksimum mungkin untuk mendepani SPM. Bagi yang berjaya, janganlah terlalu bangga - apabila memandang bintang di langit, jangan lupa akan rumput di bumi!


Buat anak-anak muridku di al amin tahniah buat kalian dengan kejayaan ini - sama ada di 3 arz, 3 ast, dan 3 asf. Buat yang lain, maaf buat kalian kerana aku terpaksa mengundur diri dari al amin, meninggalkan kalian - kerana aku ada perjuangan pendidikan yang harus depani dan tanggapi. Kenangan bersama kalian tidak akan aku lupakan. Jika ada yang tak kena di mata, tak kenan dirasa, tak enak di telinga, atau apa sahaja - maaf aku pinta dari kalian!

Jumaat, 14 Disember 2007

sekadar renungan

Salam
Kemandulan Bahasa Melayu?
Mungkin isu ini sudah agak lama berlalu - setelah dicetuskan oleh seorang ahli parlimen dan ianya diulas oleh ketua pengarah DBP.
Aku tidak bermaksud mengulas dan memanjangkan polemik yang seolah-olah dibuat secara bermusim untuk memenuhi strategi masing2 atau mengisi agneda mereka yang bernama individu penting masyarakat
Apa yang ingin aku paparkan di sini hanya sekadar pandangan seorang rakyat marhaen, seorang guru yang mengajar bahasa melayu, seorang manusia malaysia yang telah lama memerhatikan gelagat manusia di negara kita.
Dalam keseronokan kita mengatakan DBP dan ahli-ahli bahasa yang melingkari dan memayunginya sebagai tidak efisyen dan tidak serius memartabatkan bahasa melayu, sehingga menyebabkan kemandulan bahasa melayu, sering terlintas di kepalaku beberapa persoalan:
1. siapakah yang sering tidak selesa berucap dengan bahasa melayu ketika majlis2 rasmi sehingga berucap sepenuhnya dalam bahasa asing ketika seluruh khalayaknya faham akan bahasa melayu
2. siapakah yang mempopularkan bahasa rancu, sekerat melayu, sekerat inggeris ketika berkomunikasi sehingga seolah-olah kelihatan "sekerat belut, sekerat ular"?
3. siapakah yang mencabut akar bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran sains dan matematik sedangkan bahasa melayu termaktub sebagai bahasa rasmi dan kebangssaan malaysia? siapa pula penyokong2nya ketika DBP dan para pejuang bahasa menentang dasar tersebut?
pada pandanganku, sebelum kita 'membelasah' dan menuding jari menyatakan anda salah, awak tidak betul, engkau silap, sebaik-baiknya kita melihat serta menilai dahulu apa yang telah kita lakukan selama ini. menyalahkan pihak lain sehingga menimbulkan polemik memang mudah dan menyeronokkan, tetapi apakah kebaikannya untuk bahasa kebangsaan kita yang semakin 'tawar' kekuatannya?
lebih baik rasanya kita duduk semeja, mencari mana yang kurang dan berusaha agar martabat bahasa kebangsaan kita kembali diletakkan pada mercu sebenarnya!

Sekadar renungan

Salam
Sekian lama tidak berjumpa di ruangan ini - maklumlah cuti sekolah, sibuk memenuhi tuntutan-tuntutan peribadi.
Buat yang terkena musibah banjir, semoga terus bersabar dan tabah menerima cabaran Al Khalik. Semoga segala cabaran yang datang, tidak mengurangkan kesabaran kita biar pun sedikit!
Sebenarnya aku ketika ini berada di Terengganu - masih berfikir2 - segamat masih dilanda banjir, sementelahan di LPT masih ada laluan yang ditutup. Jadi jalan mana yang harus aku ikut? Nak naik kapal terbang, duit jarang dari mencukupi (walaupun penerbangan tambang murah!) Betapa mahalnya kos hidup di malaysia ini kan?
Apa2 pun, aku tetap bersyukur dengan ketentuan Allah!