Jumaat, 25 Julai 2008

Sekadar renungan


Salam. Kita bertemu lagi...


Buat boundries...maaf us lambat respos pertanyaan anda. agak sibuk dengan praktikal di sini. semoga bm anda lebih baik kini jika dibandingkan masa belajar dgn sahaya dahulu. tentang karangan peribahasa tu, akan us usahakan tetapi bukanlah dalam masa yang terdekta ini. us akan cuba membuat yang termampu untuk dipaparkan di alam maya blog ini. maaf dan harap tabah menunggu.


bagaimana dengan kalian yang lain? semoga terus berada dalam rahmat Allah sentiasa. buat yang di tingkatan tiga, selamat menikmati pui dengan penuh kesabaran. buat semua, moga kita berjaya duniac & akhirat.


Salam dari negeri hujung tanah.

Selasa, 8 Julai 2008

sekadar renungan

Assalamu'alaikum!

Lama tidak berhubung di alam penuh maya ini.

Buat masa ini diriku ini sihat2 sahaja. Buat us idris, hamba sihat2 sahaja. tuan hamba bagaimana gerangan adanya? moga suasana di negeri melaka baik2 adanya di bawah pemerintahan tuan hamba bersama bendahara seri wak raja.

buat us isha, azhan, abi yazid, us ayub, dan semua semoga berjaya dunia & akhirat. kalian tetap kuingati sebagai rakan seperjuangan yang best, sporting, dan baik!

buat man ki...ha ha, us pun dah tak ingat pasal buku tu. kalau ada kesempatan bila2, boleh le pulang. insya allah. di mana sekarang? tak menjolok motosikal ke bang? apa cerita kawan2 4 naz 06 yang gemilang, meriah, dan penuh kelakar dulu? buat anak2 ku yang lain, us sihat2 aje. la ni menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di skudai selama 3 bulan. sibuk le adanya. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog us. semoga kalian terus dirahmati allah dan berjaya. us di sini pun lebih kurang 5 bulan lagi nak menamakan kursus kabupaten peringkat yang sepatutnya.

bagaimana aa agaknya? makin meriah harapnya. apakah surau yang dibina sepekan yang lalu telah siap adanya? yang lain2 apa cerita adanya? buat anak2 yang bakal menghadapi pmr tak lama lagi, terus kuat berusaha dan semoga berjaya. pui dah mula ke? memang berat kan, tapi percayalah tanpa usaha sepahit hempedu, tak akan ada kejayaan semanis madu! selamat berjaya ye buat semua - fahrul, nabil, khalilah, diyana, dan semua le yang us mungkin tak ingat namanya tapi ingatan tak pernah luput. juga buat yang nak menghadapi spm, semoga cemerlang hendaknya. score, jangan tak score!

oklah, tiada apa lagi yang us nak coretkan. alhamdulillah us sihat2 aje di sini. semoga kalian berlebih2 lagi. kita jumpa lagi pada lain kesempatan.

salam dari negeri hujung tanah.

Isnin, 9 Jun 2008

sekadar renungan

Salam...
Jawapan khusus untuk fahrul...
Selepas tamat belajar, ustaz tak akan mengajar di aa lagi. Mungkin akan beralih angin, berada di padang yang lain, mencari pengalaman lain. Dengan ustaz atau tanpa ustaz, anda tetap akan berjaya, ustaz doakan. Jangan risau, anak-anak aa tetap dekat di hati. Soalan menjerat ye...hah hah. Semoga anda dan batch pmr 08 berjaya dgn cemerlang dalam pmr/ i kelak!

Salam semua...



Apa kahbar? Semoga berada dalam peliharaan Allah sentiasa. Aku di sini sihat2 sahaja. Terima kasih buat anak2 muridku yang sudi bertanya khabar, menghantar emel, sms, dan mengucapkan selamat hari guru tempoh hari. Semoga kalian juga dalam peliharaan Allah sentiasa.



Salam, dan berjumpa lagi pada lain kesempatan...

Selasa, 27 Mei 2008

sekadar renungan


Salam...

Subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptkan langit tidak bertiang...!

sekadar renungan


Salam!


Selamat bercuti buat semua...seronok le ye. Mekasih kepada yang sudi menjenguk ke gerbang maya hamba!

Isnin, 21 April 2008

sekadar renungan

Salam

Terlebih dahulu maaf kerana sekian lama tidak menulis - terlalu sibuk dengan tuntutan kerja kursusku. Kini ada sedikit kesempatan

Tahniah buat anak-anak debatku. Kalian telah membuktikan kemampuan dan masih bertaring dan berbisa dalam seni berhujah. Cuma rezeki Allah mentakdirkan kalian bertemu sesama sendiri dan tidak berjaya pergi lebih jauh lagi. Apa pun kalian amat membanggakan saya, yang pernah bersama-sama kalian pada musim mekar yang lalu. Saya amat terharu kerana kalian masih menghubugi saya untuk bertanya pendapat dan memberikan keputusan terkini pasukan masing2. Buat hasif, qistina, fahrul, diyana, khalilah, azlina, azah, dan nabil - kalian benar2 dekat dengan diri saya. Kalah bukan bererti berundur, saya kenal benar kualiti yang kalian miliki. Juga buat semua - guru dan ibu bapa yang terus menyokong pasukan debat smiaag, terima kasih daun keladi - tiada apa yang dapat saya nyatakan, tetapi cukuplah saya nyatakan bahawa budi baik kalian pernah saya rasai dahulu ketika berdepan jerih payah tidak dipedulikan dan diberi segala janji buat anak2 tetapi tidak tertunia (saya masih ingat wajah anak-anak yang penuh persoalan)

Juga sekalung tahniah buat us isharuddin, tenaga kerja, dan anak2 yang menjayakan masa. sekian lama dirancang, akhirnya menjadi nyata. katanya 'rasa manusia' juga telah digemakan di dewan sek teknik? satu penghargaan buat saya yang kerdil dan entah apa-apa ini. terima kasih sekal lagi buat hasif, khalilah, dan siapa sorang lagi? kalian memang berbakat dan kembang serta gunakan bakat untuk potensi diri, ummah, dan islam!

sekian.

salam dari negeri hujung tanah.