Jumaat, 27 Februari 2009

sekadar renungan


Salam!


Hah, hah, kita bertemu lagi. Hah, tiba-tiba aku terlihat pesanan dari khadeeja...apakah khadeeja anak muridku yang dikenali sebagai dj dulu...? huh, lama tak dengar cerita. us sihat2 aje. mudah2an enti pun begitu. begitu jua buat muaz omar. pun dah lama tak dengar cerita. salam buat kawan2 ting 3 ente. moga cemerlang dalam hidup dunia & akhirat.


buat us idris...wah , jauh bonar ekau merantau jang. napo dah tak duduk di s'gor laie. merajuk membawak diri ko. ese sihat2 ajo kek sini. masih di rumah lamo laie, cumo sekolahnyo hah tukar ke rawang. tak do sapo kobarkan ekau dah ke negori sembilan. ada ruang, maso, dan kesempatan, dapek le ese ke alamin nanti. apo2 den kobakanlah kat ekau. salam buek kawan2 kek sano tu.


salam dari den di sini buat semuo di sano

Jumaat, 20 Februari 2009

sekadar renungan




salam.




terima kasih kepada amir fuhaira. us tetap ingat ente...tak pernah lupa anak2 di aa. kalian ada tempat yang istimewa dlm diri us. di sini us lampirkan gambar2 suasana di sek baru us. lihat dan nikmatilah!

Rabu, 18 Februari 2009

sekadar renungan


Salam.


Maaf, sekian lama tidak menulis sesuatu di ruangan maya ini. Mungkin aku sering beralasan, tetapi itulah yang aku lalui. kebetulan hari ini aku berkesempatan, aku mc hari ini. sakit tekak, tiada suara. mana mungkin tugas aku yang memerlukan suara ini bisa kulunaskan tanpa suara. dapat le aku berehat2 di rumah & dapat aku mencuri2 masa senggang untuk meladeni ruangan ini. fuh, betapa kerdil lagi kurasakan bila nikmat suara ini serak & sakit kurasakan. allah maha besar, syukur dengan limpahan nikmat yang kau berikan padaku yang serba kurang ini. allah hu akbar!


terima kasih buat ust alia, nabilah, azah, dan sesiapa yang sudi menjenguk ruanganku ini. ada lagi ingatan kalian buat diriku ini. syukran atas ingatan kalian. buat aku, kenangan, pengalaman, dan segala macam yang enak2 di bumi aa akan terus kusimpan kukuh2 dalam kotak kepalaku ini. senang2 aku akan singgah ke sana. tetapi bila ye? mungkin sekali lagi aku beralasan tetapi insya allah akan kuusahakan sebaik2nya.


aku kini ok sahaja. cuma agak sibuk dengan tugasan hakiki di sekolah baru. cabarannya lebih kerana melayani anak2 yang masih hijau2 lagi. tetapi aku gembira walaupun tugasnya panjang, ruwet & cerewet. aku gembira dan berusaha menikmati segalanya. itulah usaha yang mampu aku lakukan untuk memberi sedikit apa yang aku ada buat anak2. baik di aa mahupun di sini, tugasnya sama, cuma mungkin cabarannya berlainan.


buat nabilah & azah, terima kasih kerana sering bertanya khabar diriku. sudah ting 5 kalian ye? teringat lagi ketika mengajar kalian di tingkatan 1 dan 3 pada musim2 yang lalu. belajar baik2 (aku pasti kalian memang lebih2 lagi). salam buat rakan2 kalian. semoga spm memutikkan sinar gemilang dalam mencari makna kehidupan seorang muslim. jalan kalian semakin berliku tapi insya allah kalian akan berjaya dunia, akhirat.


cukuplah buat kali ini. senang2 kita bertemu lagi


salam dari aku!

Rabu, 21 Januari 2009

sekadar renungan!

Salam!

Lamatakbersua kan? Alhamdulillah aku sihat2 aje. Syukur ke hadrat Allah aku akhirnya berkhidmat di sebuah sekolah di rawang. suasananya ok sahaja, tak kurang berbeza di aa dahulu. padaku semunya ok, rezeki allah aku terima sebaiknya.

buat anak2 yang berjaya dlp pmr baru2 ni, tahniah kuucapkan, moga jadi landasan yang terbaik pada masa akan datang. buat us idris, tabahkan hati kerana berjauhan dengan isteri. itulah dugaan hidup berkeluarga. ana pernah melaluinya beberapa kali dahulu.

buat azah (anak murid nakal? nakalkah anda? rasanya tak pernah menyakiti hati), terima kasih kerana ada sisa2 ingatan buat us yang kerdil ini. Insya Allah kita akan ketemu lagi, setelah diriku pamit kira2 2 tahun yang lalu.

buat semua buatlah yang terbaik, semoga diredhai allah. sampaikan doa kita buat saudara2 kita yang dizalimi kafir laknatullah sama ada di palestin, iraq, afghanistan, dan di mana sahaja inci bumi allah ini! allah hu akbar!

salam dari bumi darul ehsan!

Selasa, 30 Disember 2008

sekadar renungan

Salam!
Bala apakah yang menimpa bumi palestin untuk kesekian kalinya ini? di mana kita umat Islam yang mengaku saudara mereka? mungkin terlalu memikirkan kemelesetan ekonomi global, lalu mengambil mudah urusan mereka yang sekian kalinya mengalami pembantaian? sekali lagi kita akan melihat 'wayang kulit' bertaraf dunia, dengan segala gertakan, resolusi, ketetapan, dan sebagainya di bawah arahan presiden dibaling kasut manakala pemuka2 umat Islam berseloka dengan bahasa yang susah diteka, penuh kias, tamsil, dan ibarat...
di mana aku? di mana kalian? di mana kita ye? mungkinkah sedang beriseng2 lagi?
salam dan fikirkan serta buatlah yang wajar!

sekadar renungan











salam!








alhamdulilah aku akhirnya berjaya dipostingkan di negeri selangor, namun gentar gak sebab sekolahnya masih belum diketahu lagi. alahai, penantian hanya akan terjawab pada 2 januari ini. mudah2han diberikan segala kemudahan dan kebaikan oleh Allah. Ramai rakan2ku yang bujang2 semuanya 'diterbangkan' di sarawak menjelang sesi persekolahan baru ini. tak pelah, berxabar dan mengajar le sebaik mungkin untuk semua....aku cikgu le!








salam dari aku!

Ahad, 14 Disember 2008

sekadar renungan


Salam


selamat bercuti...hah, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian di selatan tanah air...sekarang tengah menunggu tempat posting aje...buat us idris terima kasih kerana sudi menjenguk, nanti bila dah tau ke mana ana posting, ana akan memaklumlan enti, sifu bahasa melayuku di aa dahulu, haiyah!


buat mohd sulaiman mohd sahar, us masih tinggal di kediaman lama. apa khabar ente sekrg? semoga terus berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat!


tak lupa buat anak2 muridku yang budiman, khalilah dan khalidah terima kasih banyak2 kerana masih ingat akan diri us. terima kasih gak sebab rajin menjenguk ke alam maya pelitamu ini. huh, us pakai tie ye? nak buat macam mana, terpaksa pakai. us tak minat sangat tie2 ni, panas dan rimas. anak murid baring2 tu, biasalah budak sekolah rendah. lagi pun masa tu minggu terakhir us praktikal kat sekolah tu, jadi penih dengan sesi bergambar ajelah. tapi, 1 aqb 2006, 1 atb 2007 & anak2 team debat aa tetap meriah, best, dan akan sentiasa us ingati sepanjang masa. best woo mengajar kalian. apa yang us berikan tu bukanlah nasihat, sekadar pandangan yang us rasa sesuai le. senang2 berkeunjung le la blog us ni ye.


sekadar itu sahaja, lain2 kesempatan us akan menulis lagi...


salam dari negeri darul ehsan!