Sabtu, 25 Julai 2009

mata yang memandang...

mata yang memandang...





























Salam...
Hui, ramai yang bertanya tentang gambar kalian - hmm, di sini daku bawa naik gambar2 yang diambil tempoh hari - tak timbul soal "hensem" atau apa2 sentimen ye! buat faiz, pada post ni ada gambar anda. buat zarul, gambar ultraman 2, daku dapat dari web le...buat sabrina, terima kasih atas ingatan & pertanyaan yang diberi, jasamu kukenang! yang gemar meninggalkan pesan kepada sesorang, alangkah baiknya jika kalian sendiri bertanya kepada mereka yang empunya diri. tak dapek le pokcik nak menolong ekau dengan soalan2 - siapa kenal syahmi jamil, puteri nur nabila, ummu dan lain2nya....
salam dari aku!







Jumaat, 24 Julai 2009

mata yang memandang...








Salam...
masih lagi berkisar tentang anak2ku...buat biskut, jangan risau, gambar anda ada dalam post kali ini ye. masih ada yang berbaki, nantikan dalam post yang selanjutnya.
salam dari aku...


Selasa, 21 Julai 2009

mata yang memandang...
















Assalamu'alaikum w.b.t.










Kita bersua lagi. Terima kasih buat fathirah yang budiman. terima kasih atas ingatan yg masih bersisa. diri ini tetap mengingati anak2 1 urwah yg baik budi...sesungguhnya diriku ini memang teringin untuk menziarahi kalian di bumi sg pusu. namun (mungkin sekadar alasan bagi sesetengah dalam kalangan kalian) belum punya kesempatan & ruang lagi. kita sama2 bersekolah - menggunakan ruang masa & tempat yang sama - sampai ke rumah lebih kurang dalam jam 2.30 petang, jadi untuk ke sg pusu dalam waktu2 yg begitu agak memusykilkan...lebih2 lagi dalam keadaan bapaku yg uzur kini. insya allah jika diri ini bercuti & sekolah kalian tidak, tibalah diri ini ke sana...ingatan buat anak2 yang baik budi tidak pernah terhakis, walaupun kehadiran diriku di sana sudah menjadi sejarah - yang tidaklah bernilai mana...

Isnin, 20 Julai 2009

mata yang memandang...

(peserta pertandingan memasak...sukanya dia! rupa masakan macam ok, rasa macam2...)


(sebahagian daripada peserta...aik, sempat posing tu!)



(alamak, budak baju merah ni, pantang ada kamera, ada aje muka dia...anak sape ni ye?)





(bakat baru dalam acara memukul baldi...hah jangan pocah plak, karang kena tarik telinga dengan emak ekau...!)













(cikgu, jangan cakap lama-lama, panas ni...nanti pengsan cikgu gak yang susah...)





salam.
di atas adalah gambar anak2ku yang berkhemah di sekolah hujung minggu lalu. lihatlah seadanya...macam2 yang berlaku -suka & duka. kurang makan, kaki menggeletar tika ujian lasak, mandi yang tak sesempurna di rumah...tapi syukur, semuanya selamat...!

























































































































































































































Ahad, 5 Julai 2009

sekadar renungan


Salam, dan bersua lagi...


Heboh satu dunia dengan kematian michael jackson hampir dua minggu yang lalu. seolah-olahnya semuanya terhenti dari berfungsi. sana-sini orang ramai (bukan semua tentunya) berbicara berkaitan beliau. malah ketika aku berkunjung ke pasar malam, lagu2nya berkumandang di sana sini.


aku sendiri hairan dengan gelagat sebahagian daripada kita - berbicara tentang kematiannya - tentang kehilangan yang besar dalam dunia seni, kehebatan moon walknya, dan sebagainya. apa yang aku sedih, ramai dalam kalangan kita yang mengaku beragama islam, seolah-olah terikut2 dengan sikap mereka yang tidak bersyahadah - bukankah pernah berfirman yang lebih kurang maksudnya, "setiap yang hidup pasti merasai mati!". jadi mengapa yang mengakui keesaan Allah & kebenaran muhammad sebagai rasul perlu turut serta mengikuti keributan ini.


benar, dia mungkin selebriti yang jadi pujaan ramai (istilah yang diberikan) - namun tidakkah kita patut lebih tercuit dan bersedih dengan pembantaian umat islam di thailand (yang dizalimi ketika solat), keganasan terhadap saudara-mara kita di palestin, iraq, kashmir, afghanistan & setiap inci dunia oleh golongan mustakbirin ini? apakah nywa mereka tidak lebih berharga berbanding dengan seorang manusia bernama michael jackson?


apakah sudah kesat hati kita dari rasa simpati & tanggungjawab terhadap sesama muslim? sesungguhnya aku benar2 takut dengan hakikat ini - lebih2 lagi apabila mengenangkan hadis baginda yang menyatakan bahawa sesungguhnya umat islam akan menuruti yahudi & masrani sejengkal demi sejengkal sehingga ke lubang biawak sekalipun...! apakah kita (termasuk aku) telah dijangkiti penyakit "cintakan dunia & takutkan mati?"


terlalu banyak musibah yang melanda kita kini - H1N1 juga satu musibahnya. mengapa tidak kita kembali meminta kepadaNya dengan mengadakan solat hajat agar kita terhindar dari wabak ini? bukankah do'a itu senjata & perisai umat islam?


michael jackson dikatakan akan dikebumikan secara islam - alhamdulillah jika demikian. cuma aku tetap sukar memahami mengapa pengebumiannya terus tertangguh....


ini sekadar pandangan peribadi aku - jika tidak bersetuju terpulang kepada kalian. tetapi aku khuatir dengan keadaan kita yang mengaku muslim hari ini. terlalu banyak kecurangan yang kita lakukan dalam celik & pejam...ya Allah kau selamatkanlah kami di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak! amin.


salam dari aku!