Isnin, 26 Oktober 2009
Jumaat, 2 Oktober 2009
sekadar renungan...
Salam.
sesungguhnya semalam, jumaat, 2 oktober 2009 bersamaan 13 syawal 1430 h merupakan hari sangat menyediahkan buat seluruh warga skr. norazman adnan, salah seorang penggerak utama yang ceria telah pergi menemui Allah, sebagaimana yang telah dijanjikan akibat kemalangan jalan raya seusai sahaja solat jumaat.
sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati...itulah hakikat yang setiap daripada kita yang bernafas akan melaluinya. sesungguhnya allah itu benar, muhammad itu benar, alam kubur itu benar, mati itu benar, kiamat itu benar, alam akirat itu benar, syurga & neraka itu benar...dan setiap yang dijanjikan oleh allah dan para rasulnya itu benar.
buat keluarga almarhum, semoga bersabar atas pemergiannya. kami warga skr turut merasa kehilangan seorang sahabat yang ceria, penyabar, baik hati, dan segala yang baik2 buat beliau.
buat anak2 didik skr, sama-samalah kita mendo'akan agar Allah melimpahkan segala kebaikan dunia & akhirat buat almarhum.
belasungkawa dan salam takziah dari kami di skr. buat pengunjung pelitamu ini, sama-sama kita sedekahkan al - fatihah buat almarhum.
salam dari aku!
Sabtu, 19 September 2009
sekadar renungan...
Salam.
allahu akbar allah hu akbar allah hu akbar walillah hil hamd.
berlalulah bulan penuh keberkatan, ramadhan al mubaraq 1430 h, sebaik sahaja senja melabuhkan tirainya. buat semua, salam eid mubarak dari aku. semoga tarbiyah ramadhan telah memberikan kita nikmat islam dan iman yang jitu. ketika berseronok berhari raya, syariat islam hendaklah sentiasa dijunjung & digigit sekemas-kemasnya. dan jangan lupa untuk melaksanakan puasa 6 pada 2 syawal kelak.
salam lebaran...
Rabu, 9 September 2009
sekadar renungan...


salam.
telah sampai kita dalam kembara ramadhan ini ke takah 10 malam terakhir. malam yang terkandung di dalamnya al-qadr, malam yang besar barakahnya dari 1000 bulan (83 tahun). masya allah, betapa besarnya anugerah allah kepada umat muhmmad ini. adakah kita akan merebutnya - atau kita @ aku terus lalai dengan kesibukan dunia & persiapan hari raya. fikirlah dengan akal yang waras tentang ganjaran allah swt yang ternyata lebih besar malah lebih meriah dari tawaran yang terpampang di pintu pusat2 membeli belah, media, mahupun di mana sahaja sudut bumi allah ini...
" sesungguhnya telah Kami turunkan al-qur'an pada malam qadr. tahukah engkau apakah malam qadr itu? malam qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. turun para malaikat dan jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. penuh kesejahteraan (pada malam itu) hingga terbit fajar" (surah al-qadr)
salam dari aku di madrasah ramadhan.
Isnin, 7 September 2009
sekadar renungan...





Salam.
ramadhan semakin menuju ke akhrinya. apakah aku telah mengambil manfaat darinya? aku masih lalai daripada merebut tarbiyah & ganjaran yang disediakan oleh allah swt. ramadhan, kedatanganmu ku nanti, melaluimu adalah suatu kenikmatan, dan pemergianmu amat menyedihkan diri. semoga kita dapat menikmati ramadhan ini sebaiknya, menemui & beramal pada malam al-qadr, amin!
sekadar renungan...
Langgan:
Catatan (Atom)

