Isnin, 21 April 2008

sekadar renungan

Salam

Terlebih dahulu maaf kerana sekian lama tidak menulis - terlalu sibuk dengan tuntutan kerja kursusku. Kini ada sedikit kesempatan

Tahniah buat anak-anak debatku. Kalian telah membuktikan kemampuan dan masih bertaring dan berbisa dalam seni berhujah. Cuma rezeki Allah mentakdirkan kalian bertemu sesama sendiri dan tidak berjaya pergi lebih jauh lagi. Apa pun kalian amat membanggakan saya, yang pernah bersama-sama kalian pada musim mekar yang lalu. Saya amat terharu kerana kalian masih menghubugi saya untuk bertanya pendapat dan memberikan keputusan terkini pasukan masing2. Buat hasif, qistina, fahrul, diyana, khalilah, azlina, azah, dan nabil - kalian benar2 dekat dengan diri saya. Kalah bukan bererti berundur, saya kenal benar kualiti yang kalian miliki. Juga buat semua - guru dan ibu bapa yang terus menyokong pasukan debat smiaag, terima kasih daun keladi - tiada apa yang dapat saya nyatakan, tetapi cukuplah saya nyatakan bahawa budi baik kalian pernah saya rasai dahulu ketika berdepan jerih payah tidak dipedulikan dan diberi segala janji buat anak2 tetapi tidak tertunia (saya masih ingat wajah anak-anak yang penuh persoalan)

Juga sekalung tahniah buat us isharuddin, tenaga kerja, dan anak2 yang menjayakan masa. sekian lama dirancang, akhirnya menjadi nyata. katanya 'rasa manusia' juga telah digemakan di dewan sek teknik? satu penghargaan buat saya yang kerdil dan entah apa-apa ini. terima kasih sekal lagi buat hasif, khalilah, dan siapa sorang lagi? kalian memang berbakat dan kembang serta gunakan bakat untuk potensi diri, ummah, dan islam!

sekian.

salam dari negeri hujung tanah.

Sabtu, 15 Mac 2008

sekadar renungan

Salam
Beberapa hari yang lalu aku sempat menjenguk anak-anak di smiaag - sekadar memberi perangsang sebelum mereka bertempur di arena debat. Aku rasa terharu - masih ada sambutan dan layanan yang mesra seperti masa lalu walaupun aku kini hanyalah mantan guru mereka (mandat bak kata seorang bekas anak muridku). terbayang lagi keseronokan bersama kalian ketika sibuk bergulat dengan usul tahun lalu - buat qistina, hasif, diyana, khalilah, lina, dan lai-lain moga selamat berjuang dan berjaya- semoga lebih baik berbanding ketika bersama ustaz dahulu.
Juga buat bekas anak-anak muridku yang telah memperoleh keputusan spm - tahniah dan anda telah membuktikan - terasa ada kebanggaan dengan kejayaan kalian - syukur kepada allah. buat kak fauziah, tahniah kerana kejayaan man. apa sangatlah sumbangan saya yang kerdil ini jika nak dibandingkan dengan kesudian kakak dan abang membantu kami guru-guru tak kira waktu. syukran atas do'a.
Juga tak ketinggalan buat mereka yang sudi menjenguk ruang mayaku - qistina, nur hanani, ammar, dan semua - terima kasih. saya juga rindu untuk bercerita kepada kalian, berkongsi keseronokan belajar dan mengajar. kenangan bersama kalian, wah mana mungkin saya lupakan begitu sahaja...ada rezeki kita berjumpa lagi.

Sabtu, 1 Mac 2008

sekadar renungan

Salam dari aku di selatan!
Bagaimana kalian semua? Lama juga aku tidak menulis luahan rasa di alam maya ini. Aku disini sihat2 sahaja. Buat bekas anak-anak muridku yang mungkin sibuk bergulat dengan segala macam ujian bulanan, semoga tabah dan terus berjaya. Moga kejayaan karar bersama kalian
Hmm, tiada apa yang menarik untuk aku catatkan. Sekadar mengenang tindakan Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said yang enggan dirinya dipanggil Sasterawan Negara lagi. Kali kedua beliau meluahkan rasa ekoran tragedi dan Bahasa Melayu yang semakin melemaskan. Mungkin inilah ura-ura untuk menjadikan teks-teks popular sebagai teks wajib Komsas dan menggantikan teks dalam kalangan para penulis yang pernah menggondol anugerah Sasterawan Negara mahupun anugerah S.E.A Write Awards. Ada sesiapa yang peduli? Pada saat dan ketika Bahasa Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan, nampaknya sisa-sisa nilai keindahan dan keintelektualannya pun semakin dihakis. Apakah nilai dan gaya bahasa para sasterawan kita terlalu berat, seberat batu sehingga gagal digalas mahupun dipikul oleh bahu pelajar kita? Aku tidak mengerti kewarasan cadangan ini. Mungkin atas faktor popular?
Semoga luahan rasa Pak Samad mendapat perhatian yang sewajarnya. Janganlah biarkan Bahasa Melayu kita dibiarkan mati dan dikuburkan tidak bertanda kelak. Cukuplah dengan segala macam keruwetan masalah bahasa yang ada - tiada diberi nilai ekonomi, bahasa rancu, dipinggirkan, dan sebagainya. Berbanggalah dengan bahasa yang kita miliki ini. Bahasa kita, tanggungjawab kita. Buktkan slogan yang muluk ini, kerana bahasa itu jiwa bangsa Malaysia.

Sabtu, 16 Februari 2008

Salam

Salam dari selatan!
Semoga semua dalam peliharaan Allah - lebih2 lagi dalam mood p/raya umum yang sedang berlegar dalam iklim kita sekarang. semoga dapat menunaikan hak dengan bijak, waras, dan matang. selamat memangkah kertas undi anda
salam

Rabu, 30 Januari 2008

sekadar renungan

Salam,

Terima kasih buat akhi isharuddin, cikgu alia, dan sesiapa yang sudi menjengahdan bertandang ke alam maya blogku. Aku di sini sihat2 aje, cuma pack dengan pelbagai aktiviti. semoga kalian di sana juga sentiasa sihat dan dirahmati allah dalam usaha mendidik generasi islam kita. salam buat semua warga alamin...

Sabtu, 26 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat manki yang telah memberi komen yang menggugah rasa. ye, populariti itu satu fakta, tetapi keaslian dan kehebatan para penulisan tersohor dan matang tidak wajar dilongkangkan begitu sahaja atas nama terlalu 'berat' untuk dihadam oleh khalayak kita. jika membaca dianggap berat, bagaimana pula hendak memimpin negara kelak?
baca, fikir, dan renungkan...bertindak secara waras.
salam dari aku!

Rabu, 23 Januari 2008

sekadar renungan

Salam!
Terima kasih buat yang sudi meng'emel' diriku di selatan semenanjung emas ini - buat bekas teman seperjuangan ust idris yg banyak cerita berangkainya, buat kak fauziah yang banyak berbudi kepada pasukan debat, kppk, dan juga diriku sendiri, buat man ki - "jolok motosikal ye bang?", buat fahrul radzi, bekas anak muridku yg cukup besemangat, juga buat lina anak muridku yang banyak berbudi, serta sesiapa sahaja yang mengenaliku - moga allah memberikan yang terbaik buat kalian!
Hmm, apa komen kalian tentang isu yang berlegar kini - teks komsas pmr & spm yg dikatakan tidak akan lagi mengangkat novel2 pengarang tersohor, sebaliknya memilih teks2 oleh pengarang glmaour kegilaan remaja sekarang? Aku mengikuti perbincangan ini khususnya dalam akhbar mingguan malaysia minggu lepas? apakah teks oleh pengarang2 besar seperti a.samad said, shahnon ahmad, faisal tehrani terlalu 'berat' utk dihadam oleh para pelajar kita? samapai bila kita harus mewajarkan soal 'berat' ini. bagaimana mahu membentuk modal insan jika remaja kita terus disogokkan dengan teks bersifat popular yg hanya menghidangkan 'lauk' memualkan kisah cinta, putus asa, kisah lip lap keglamouran bersifat plastik, seumpama kiambang - nampak indah timbul di air, tetapi akar tak jejak di dasar! apakah kita akan terus mengajar anak2 kita berfikir hanya sejengkal - sudah berjumpa cinta pujaan, hidup ini telah lengkap segala - happily ever after, sedangkan cabaran yang menganga di luar sana cukup besar! Janganlah kita menghumbankan permata yang kita miliki semata2 terpana dengan kemilau pasir di hujung jalan...apa pandangan kalian?
Salam!