Jumaat, 29 Januari 2010
Khamis, 28 Januari 2010
Selasa, 26 Januari 2010
Isnin, 25 Januari 2010
Sabtu, 2 Januari 2010
sekadar renungan

salam.
apa khabar semua? bagaimana setelah memasukki 3 hari tahun masihi? semoga ia memberi manfaat kepada kita. seperti yg aku dengar pada khutbah jumaat tempoh hari, bertambah tahun, bermakna umur kita semakin berkurang. justeru, baik kalian, lebih2 lagi aku dapat memanfaatkan usia kurniaan allah sebaik mungkin.
buat anak2 yg akan kembali bergulat di sekolah, semoga cuti yg agak panjang dapat merehatkan - semoga kembali bersedia untuk menempuh cabaran alam ilmiah yg bakal ditempuh. sesungguhnya ia sukar & memenatkan. namun, sabar itu penghilang penat & tekun itu pembawa dekat. fahami bidalan ini sebaik2nya & terjemahkan dalam kamus hidup kita sebagai umat muhammad - semoga diredhoi dunia & akhirat...amin.
salam dari aku.
Khamis, 31 Disember 2009
sekadar renungan

salam
harga runcit pasir naik lagi sebanyak 20 sen di malaysia...
bagaimana pandangan kalian? berita mengejutkan menjelang fajar baru 2010m?
kenaikan ini baik untuk kesihatan rakyat malaysia ekoran pengurangan kadar pengambilan gula?
atau ia menjadi pemangkin kepada kenaikan harga barangan makanan & minuman di negara malaysia yagng permai, indah, dan bertuah ini?
sama2 lah kita fikirkan...yang pasti, ramai yang terkena kesannya...
ya allah, bilakah akan munculnya lagi khalifah2 yang 'adil seperti khulafa' ar-rosyidin yg empat, umar abd. aziz atau salahuddin al-ayubbi buat umatmu ini?
salam dari aku
Sabtu, 26 Disember 2009
sekadar renungan




salam...
apa yang aku tuliskan pada post ini merupakan apa yang aku baca pada sebuah media pagi tadi...
terdapat kecenderungan dalam kalangan ibu bapa dewasa ini (baca, bukan semua...) yang memberhentikan pelajaran anak-anak mereka di sekolah agama untuk memberi tumpuan penuh kepada upsr (anak-anak tahu enam). rasional mereka, agar anak2 itu dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran di sekolah rendah demi mencapai keputusan 5a pada upsr.
apa pandangan kalian?
pada pandangan aku, mengapakah kita perlu mengorbankan sekolah agama semata2 untuk keputusan upsr? bukan bersikap pesimis, tetapi bagi aku agama tetap penting, tiada galang gantinya...bukankah ad din nu nasihah?
berdasarkan pengalaman aku selama ini, mereka yang lazimnya berjaya (dalam kalangan muslim) selalunya adalah mereka yg tidak mengabaikan sama sekali pengajian agama. saksikanlah keputusan pmr, spm, dan stam (juga stpm). bukan sedikit murid-murid yg belajar di sekolah agama mencatatkan keputusan yg gilang-gemilang...
malah dalam kalangan rakan-rakan aku ketik di sekolah pernah menyatakan; budak sekolah agama cemerlang sebab allah menyayangi mereka...
jadi bagi aku, tidak ada sebabnya utk aku atau kalian menggadaikan islam semata-mata untuk mmencatakan keputusan 5a upsr. upsr itu penting, namun hanya islamlah yang akan menyelamatkan kita apabila berhadapan dengan allah kelak; pada hari tiada gunanya segal, phd, kegemilangan upsr, pmr, spm, stpm, diploma, ijazah, master, phd, pangkat, kuasa, harta, dan takhta...
renung-renungkanlah...
salam dari aku!
Langgan:
Catatan (Atom)




