Rabu, 18 Februari 2009

sekadar renungan


Salam.


Maaf, sekian lama tidak menulis sesuatu di ruangan maya ini. Mungkin aku sering beralasan, tetapi itulah yang aku lalui. kebetulan hari ini aku berkesempatan, aku mc hari ini. sakit tekak, tiada suara. mana mungkin tugas aku yang memerlukan suara ini bisa kulunaskan tanpa suara. dapat le aku berehat2 di rumah & dapat aku mencuri2 masa senggang untuk meladeni ruangan ini. fuh, betapa kerdil lagi kurasakan bila nikmat suara ini serak & sakit kurasakan. allah maha besar, syukur dengan limpahan nikmat yang kau berikan padaku yang serba kurang ini. allah hu akbar!


terima kasih buat ust alia, nabilah, azah, dan sesiapa yang sudi menjenguk ruanganku ini. ada lagi ingatan kalian buat diriku ini. syukran atas ingatan kalian. buat aku, kenangan, pengalaman, dan segala macam yang enak2 di bumi aa akan terus kusimpan kukuh2 dalam kotak kepalaku ini. senang2 aku akan singgah ke sana. tetapi bila ye? mungkin sekali lagi aku beralasan tetapi insya allah akan kuusahakan sebaik2nya.


aku kini ok sahaja. cuma agak sibuk dengan tugasan hakiki di sekolah baru. cabarannya lebih kerana melayani anak2 yang masih hijau2 lagi. tetapi aku gembira walaupun tugasnya panjang, ruwet & cerewet. aku gembira dan berusaha menikmati segalanya. itulah usaha yang mampu aku lakukan untuk memberi sedikit apa yang aku ada buat anak2. baik di aa mahupun di sini, tugasnya sama, cuma mungkin cabarannya berlainan.


buat nabilah & azah, terima kasih kerana sering bertanya khabar diriku. sudah ting 5 kalian ye? teringat lagi ketika mengajar kalian di tingkatan 1 dan 3 pada musim2 yang lalu. belajar baik2 (aku pasti kalian memang lebih2 lagi). salam buat rakan2 kalian. semoga spm memutikkan sinar gemilang dalam mencari makna kehidupan seorang muslim. jalan kalian semakin berliku tapi insya allah kalian akan berjaya dunia, akhirat.


cukuplah buat kali ini. senang2 kita bertemu lagi


salam dari aku!

2 ulasan:

Fera berkata...

Ahh.. ustaz shahir, ana masih ingat lagi ketika ustaz mengajarku sejarah tingkatan tiga... wah, nostalgia.

Ini, Amir Fuhaira Mohd Fuad, jika ustaz tidak mengingati saya, tidak mengapa, ustaz sentiasa di hati. :) Paling ana suka dahulu semasa ustaz mengajar ana sejarah ialah suara ustaz yang lantang bagai halilintar. (ok mungkin hiperbola la tu) Tak mengantuk dengar ustaz mengajar, memang semangat nak belajar, dulu tidur aje... hahaha ;)

Terima kasih ustaz, mengajar kami semua di alamin ini.. Dengan pertolongan ustaz dan ALLAH SWT dapatlah juga ana ini A sejarah PMR... terima kasih.... :)

Ustaz kena posting di selangor ini ya.. alhamdulillah.. baguslah tu ustaz, semoga pengajaran ustaz menjadikan murid-murid ustaz penuh semangat seperti ana dahulu..

~ Amir Fuhaira

-.rashid.- berkata...

salaam, saya rasa seakan2 kenallah wajah yang berdiri kedua dr kiri.hehehe
lama pula x contact ust, hrp ust sihat dn ceria selalu.
doakan saya dn kawan2 spm ye ust ( dah f.5 dah, cpt je masa berlalu )

ok r ust, semoga berjaya d dunia dn akhirat
-wassalam-