Ahad, 5 Julai 2009

sekadar renungan


Salam, dan bersua lagi...


Heboh satu dunia dengan kematian michael jackson hampir dua minggu yang lalu. seolah-olahnya semuanya terhenti dari berfungsi. sana-sini orang ramai (bukan semua tentunya) berbicara berkaitan beliau. malah ketika aku berkunjung ke pasar malam, lagu2nya berkumandang di sana sini.


aku sendiri hairan dengan gelagat sebahagian daripada kita - berbicara tentang kematiannya - tentang kehilangan yang besar dalam dunia seni, kehebatan moon walknya, dan sebagainya. apa yang aku sedih, ramai dalam kalangan kita yang mengaku beragama islam, seolah-olah terikut2 dengan sikap mereka yang tidak bersyahadah - bukankah pernah berfirman yang lebih kurang maksudnya, "setiap yang hidup pasti merasai mati!". jadi mengapa yang mengakui keesaan Allah & kebenaran muhammad sebagai rasul perlu turut serta mengikuti keributan ini.


benar, dia mungkin selebriti yang jadi pujaan ramai (istilah yang diberikan) - namun tidakkah kita patut lebih tercuit dan bersedih dengan pembantaian umat islam di thailand (yang dizalimi ketika solat), keganasan terhadap saudara-mara kita di palestin, iraq, kashmir, afghanistan & setiap inci dunia oleh golongan mustakbirin ini? apakah nywa mereka tidak lebih berharga berbanding dengan seorang manusia bernama michael jackson?


apakah sudah kesat hati kita dari rasa simpati & tanggungjawab terhadap sesama muslim? sesungguhnya aku benar2 takut dengan hakikat ini - lebih2 lagi apabila mengenangkan hadis baginda yang menyatakan bahawa sesungguhnya umat islam akan menuruti yahudi & masrani sejengkal demi sejengkal sehingga ke lubang biawak sekalipun...! apakah kita (termasuk aku) telah dijangkiti penyakit "cintakan dunia & takutkan mati?"


terlalu banyak musibah yang melanda kita kini - H1N1 juga satu musibahnya. mengapa tidak kita kembali meminta kepadaNya dengan mengadakan solat hajat agar kita terhindar dari wabak ini? bukankah do'a itu senjata & perisai umat islam?


michael jackson dikatakan akan dikebumikan secara islam - alhamdulillah jika demikian. cuma aku tetap sukar memahami mengapa pengebumiannya terus tertangguh....


ini sekadar pandangan peribadi aku - jika tidak bersetuju terpulang kepada kalian. tetapi aku khuatir dengan keadaan kita yang mengaku muslim hari ini. terlalu banyak kecurangan yang kita lakukan dalam celik & pejam...ya Allah kau selamatkanlah kami di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak! amin.


salam dari aku!

Tiada ulasan: