Sabtu, 1 Mac 2008

sekadar renungan

Salam dari aku di selatan!
Bagaimana kalian semua? Lama juga aku tidak menulis luahan rasa di alam maya ini. Aku disini sihat2 sahaja. Buat bekas anak-anak muridku yang mungkin sibuk bergulat dengan segala macam ujian bulanan, semoga tabah dan terus berjaya. Moga kejayaan karar bersama kalian
Hmm, tiada apa yang menarik untuk aku catatkan. Sekadar mengenang tindakan Sasterawan Negara, Dato A. Samad Said yang enggan dirinya dipanggil Sasterawan Negara lagi. Kali kedua beliau meluahkan rasa ekoran tragedi dan Bahasa Melayu yang semakin melemaskan. Mungkin inilah ura-ura untuk menjadikan teks-teks popular sebagai teks wajib Komsas dan menggantikan teks dalam kalangan para penulis yang pernah menggondol anugerah Sasterawan Negara mahupun anugerah S.E.A Write Awards. Ada sesiapa yang peduli? Pada saat dan ketika Bahasa Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan, nampaknya sisa-sisa nilai keindahan dan keintelektualannya pun semakin dihakis. Apakah nilai dan gaya bahasa para sasterawan kita terlalu berat, seberat batu sehingga gagal digalas mahupun dipikul oleh bahu pelajar kita? Aku tidak mengerti kewarasan cadangan ini. Mungkin atas faktor popular?
Semoga luahan rasa Pak Samad mendapat perhatian yang sewajarnya. Janganlah biarkan Bahasa Melayu kita dibiarkan mati dan dikuburkan tidak bertanda kelak. Cukuplah dengan segala macam keruwetan masalah bahasa yang ada - tiada diberi nilai ekonomi, bahasa rancu, dipinggirkan, dan sebagainya. Berbanggalah dengan bahasa yang kita miliki ini. Bahasa kita, tanggungjawab kita. Buktkan slogan yang muluk ini, kerana bahasa itu jiwa bangsa Malaysia.

1 ulasan:

BitterSweet berkata...

assalamualaikum.
betul tu ustaz. sebagai rakyat Melayu kita kenalah menunjukkan sokongan kita terhadap karya-karya sastera sasterawan-sasterawan negara kita. kalau bukan kita yang mempamerkan sokongan kita, siapa lagi? ana hairanlah ustaz. dekat malaysia ni, semakin lama, semakin rakyat kita malu nak gunakan bahasa melayu, tetapi kalau di luar negara pulak, berduyun-duyun orang nak mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa kedua mereka. ana tak fahamlah!