Sabtu, 15 Mac 2008

sekadar renungan

Salam
Beberapa hari yang lalu aku sempat menjenguk anak-anak di smiaag - sekadar memberi perangsang sebelum mereka bertempur di arena debat. Aku rasa terharu - masih ada sambutan dan layanan yang mesra seperti masa lalu walaupun aku kini hanyalah mantan guru mereka (mandat bak kata seorang bekas anak muridku). terbayang lagi keseronokan bersama kalian ketika sibuk bergulat dengan usul tahun lalu - buat qistina, hasif, diyana, khalilah, lina, dan lai-lain moga selamat berjuang dan berjaya- semoga lebih baik berbanding ketika bersama ustaz dahulu.
Juga buat bekas anak-anak muridku yang telah memperoleh keputusan spm - tahniah dan anda telah membuktikan - terasa ada kebanggaan dengan kejayaan kalian - syukur kepada allah. buat kak fauziah, tahniah kerana kejayaan man. apa sangatlah sumbangan saya yang kerdil ini jika nak dibandingkan dengan kesudian kakak dan abang membantu kami guru-guru tak kira waktu. syukran atas do'a.
Juga tak ketinggalan buat mereka yang sudi menjenguk ruang mayaku - qistina, nur hanani, ammar, dan semua - terima kasih. saya juga rindu untuk bercerita kepada kalian, berkongsi keseronokan belajar dan mengajar. kenangan bersama kalian, wah mana mungkin saya lupakan begitu sahaja...ada rezeki kita berjumpa lagi.

1 ulasan:

BitterSweet berkata...

salam ustaz.
keseluruhan pasukan A di tangga ke 19 dan dapat melangkah ke pusinan octo final.
keseluruhan pasukan B di tangga ke 14 dan tewas di pusingan double octo menentang pasukan A.
ranking debators pula:-
1-hasif (ke 44)
2-fahrulradzi (ke 49)
3-khalilah (ke 97)
4-diyana (ke 98)
5-nurazlina (ke 112)
6-qistina (ke 124)
tetapi kalau menurut kiraan sebenar, kesemua peserta debat bm SMIAAG berada di ranking top 100.
suatu pencapaian yang boleh dibanggakan sebenarnya kerana terdapat peningkatan-peningkatan yang banyak.=)