Isnin, 21 April 2008

sekadar renungan

Salam

Terlebih dahulu maaf kerana sekian lama tidak menulis - terlalu sibuk dengan tuntutan kerja kursusku. Kini ada sedikit kesempatan

Tahniah buat anak-anak debatku. Kalian telah membuktikan kemampuan dan masih bertaring dan berbisa dalam seni berhujah. Cuma rezeki Allah mentakdirkan kalian bertemu sesama sendiri dan tidak berjaya pergi lebih jauh lagi. Apa pun kalian amat membanggakan saya, yang pernah bersama-sama kalian pada musim mekar yang lalu. Saya amat terharu kerana kalian masih menghubugi saya untuk bertanya pendapat dan memberikan keputusan terkini pasukan masing2. Buat hasif, qistina, fahrul, diyana, khalilah, azlina, azah, dan nabil - kalian benar2 dekat dengan diri saya. Kalah bukan bererti berundur, saya kenal benar kualiti yang kalian miliki. Juga buat semua - guru dan ibu bapa yang terus menyokong pasukan debat smiaag, terima kasih daun keladi - tiada apa yang dapat saya nyatakan, tetapi cukuplah saya nyatakan bahawa budi baik kalian pernah saya rasai dahulu ketika berdepan jerih payah tidak dipedulikan dan diberi segala janji buat anak2 tetapi tidak tertunia (saya masih ingat wajah anak-anak yang penuh persoalan)

Juga sekalung tahniah buat us isharuddin, tenaga kerja, dan anak2 yang menjayakan masa. sekian lama dirancang, akhirnya menjadi nyata. katanya 'rasa manusia' juga telah digemakan di dewan sek teknik? satu penghargaan buat saya yang kerdil dan entah apa-apa ini. terima kasih sekal lagi buat hasif, khalilah, dan siapa sorang lagi? kalian memang berbakat dan kembang serta gunakan bakat untuk potensi diri, ummah, dan islam!

sekian.

salam dari negeri hujung tanah.

3 ulasan:

Mohd Fahrulradzi berkata...

assalamualaikum,.,.,.,.,

ustaz nak tanye siket,.,.

agak2lah ustz mengajar balik tak kat al amin lepas ustz habis studi nanti ??

dah lame ana pikir pasal mende nih,.,.,

hahaha,.,., saje nak trap ustz ngan soalan pedas camni,.,.

`fahrul`

Mohd Fahrulradzi berkata...

lagi satu sebelum ana tertinggal,.,.,.

ana sebenarnye tak sempat lagi nak mintak ustz halalkan dan redhai semua ilmu yang ustz sampaikan kat ana,.,.,.

so, ana harap ustaz dapat halakan dan meredhai semua ilmu yg ustz bagi kat ana,.,.,

ana harap gak kalau boleh ustz masukkanlah ana dalam setiap doa ustz,.,.

`manusia yang sama`

SweetSourLife berkata...

Assalamualaikum...
hurm bile dibilang dengan jari, rasenya x ckup untuk mengira bilangan hari n bulan ana x bertanya khabar ustaz.. ustaz sehat? Ana alhamdulillah masih diberikan oleh Allah nikmat Iman n Islam... Alhamdulillah.. skrang nih ana masih pening2 dengan Bm yang diajarkan pada thun nih. Semoga kami mendapat guru yang sebaik ustaz... hurm diawal pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 4 tersa semacam mudah aje. lebih mudah dari PMR. tapi lpas peperiksaan pertengahan tahun baru2 nih... barulah ana terkedu melihat hasil yang dituai...hanya Allah yang tau betapa ana nih masih bukan orang melayu tulen kerana gagal menguasai dengan baik BM... hush itulah akibatnya kalau kite ambik mudah je BM nih... huhuh ustz ade sampel karangan untuk peribahasa x? maksudnya buat sebuah karangan berdasarkan peribahasa misalnya yang kurik itu kendi yang merah itu saga, yang baik itu budi yang.... harap ustaz dapat membantu...
sekian sahaja coretan anak muridmu ini buat mase ini,
Jasa mu Dikenang Sampai ke Akhirat... x mungkin akanku lupa jasamu terhadap anak2 muridmu ini... Wassalam