Selasa, 8 Julai 2008

sekadar renungan

Assalamu'alaikum!

Lama tidak berhubung di alam penuh maya ini.

Buat masa ini diriku ini sihat2 sahaja. Buat us idris, hamba sihat2 sahaja. tuan hamba bagaimana gerangan adanya? moga suasana di negeri melaka baik2 adanya di bawah pemerintahan tuan hamba bersama bendahara seri wak raja.

buat us isha, azhan, abi yazid, us ayub, dan semua semoga berjaya dunia & akhirat. kalian tetap kuingati sebagai rakan seperjuangan yang best, sporting, dan baik!

buat man ki...ha ha, us pun dah tak ingat pasal buku tu. kalau ada kesempatan bila2, boleh le pulang. insya allah. di mana sekarang? tak menjolok motosikal ke bang? apa cerita kawan2 4 naz 06 yang gemilang, meriah, dan penuh kelakar dulu? buat anak2 ku yang lain, us sihat2 aje. la ni menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di skudai selama 3 bulan. sibuk le adanya. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog us. semoga kalian terus dirahmati allah dan berjaya. us di sini pun lebih kurang 5 bulan lagi nak menamakan kursus kabupaten peringkat yang sepatutnya.

bagaimana aa agaknya? makin meriah harapnya. apakah surau yang dibina sepekan yang lalu telah siap adanya? yang lain2 apa cerita adanya? buat anak2 yang bakal menghadapi pmr tak lama lagi, terus kuat berusaha dan semoga berjaya. pui dah mula ke? memang berat kan, tapi percayalah tanpa usaha sepahit hempedu, tak akan ada kejayaan semanis madu! selamat berjaya ye buat semua - fahrul, nabil, khalilah, diyana, dan semua le yang us mungkin tak ingat namanya tapi ingatan tak pernah luput. juga buat yang nak menghadapi spm, semoga cemerlang hendaknya. score, jangan tak score!

oklah, tiada apa lagi yang us nak coretkan. alhamdulillah us sihat2 aje di sini. semoga kalian berlebih2 lagi. kita jumpa lagi pada lain kesempatan.

salam dari negeri hujung tanah.

Tiada ulasan: