Ahad, 27 Julai 2008

sekadar renungan


Salam semua...


Apa khabar kalian ketika ini? semoga sentiasa dalam peliharaan allah sentiasa. bagaimana dengan perjalanan hidup dan rutin semua? semoga walau apa pun yang dilaksanakan pastikan ia tidak tergelincir dari landasan islam yang sebenarnya. tiada apa sebenarnya yang ingin aku coretkan di sini sekadar berbasa basi sahaja. mungkin belum ada selera untuk aku menulis banyak2 dan panjang lebar sebagaimana biasa. cuma aku ingin menukilkan di sini kata-kata ustaz yang kedengar dalam ceramahnya di keretaku pagi tadi.


1. masa kita hanya ada tiga; semalam, sekarang, dan esok. semalam telah berlalu, esok belum pasti dan kinilah yang wajar kita gunakan sebaiknya.


2. matlamat tidak menghalalkan cara.


Jadi fikir, timbang, dan bertindak sebaik-baiknya....


salam dari negeri hujung tanah.

Tiada ulasan: