Rabu, 20 Ogos 2008

sekadar renungan


Salam


selamat bercuti buat semua warga pendidik serta anak-anak murid yang terus menekuni ilmu...


terima kasih buat sabirah dan us ishar yang sudi menjeguk ke gerbang maya hamba ini. buat diriku, sihat-sihat sahaja. terus menelaah ilmu yang sedang ditekuni sekarang.


ramadhan yang semakin menggamit pastinya memberikan rasa yang bercampur baur buat kita. sesungguhnya berbahagialah kita sebagai umat islam yang telah dianugerahkan nikmat iman dan islam. semoga ramadhan yang mendatang ini memberikan keunggulan buat kita yang mengaku sebagai islam.


baru-baru ini aku ada berbincang dengan seorang 'anakku' tentang isu al quds. banyak juga yang kami fikirkan. ya, aku berfikir-fikir, di mana letaknya isu al quds ini dalam kalangan umat islam kita pada hari ini. apakah kita sekadar melihat ia sebagai isu arab palestin semata-mata? bagaimana dengan tafsiran generasi muda terhadap isu ini. apakah kehangatan olimpik menghakiskan ingatan dan keprihatinan kita terhadap tribulasi tidak bernoktah umat islam di sana. di mana al quds di hati kita...?

Tiada ulasan: