Jumaat, 17 Oktober 2008

sekadar renungan


Salam!


Kita bersua lagi...


Apa khabar agaknya man ki di bumi mesir sana? harap-harap dah dapat menyesuaikan diri ye. terima kasih buat man ki, akhi isharuddin, khalidah, dan yang seangkatan dengannya yang masih sudi berhubung di alam maya ini. moga ukhuwah kita terus subur ye. x stress man? kat mana2 pun ada pasang surutnya man. bahagia yang hakiki hanyalah apabila kita diredhai allah dan dapat masuk ke syurganya dengan rahmatNya. cuma di sekolah rendah ni cara kita menyantuninya sangatlah berlainan. kalau di sekolah menengah dulu, ketika menyantuni 4 naz contohnya, boleh le us guna kias ibarat, bahasa terbalik, bahasa menyindir dan sebagainya. malah kalian kadangkala dianggap seperti rakan pula. ingat tag line dan peristiwa, jolok motorsikal ye bang? huh, us tak dapat melupakan kenangan itu. cuma di sek rendah ni, cara melayannya lebih kepada konsep bapa dengan anak-anak. perlu dibimbing, ditegur, berlawak, nasihat dan yang selayaknya mengikut tahap umur 7 hingga 12 tahun, sesuatu yang berbeza tapi dapat mengkayakan pengalaman us.


buat khalidah, itu bukan sekolah baru us. itu tempat us menjalani latihan praktikal selama 3 bulan. insya allah menjelang bulan jan 2009, us akan mulai mengajar di selangor. tapi kenangan di 1 atb 2007 tetap akan us ingat. enti kan kuat mengantuk masa kelas us? ingat lagi...ha ha, itu asam garam guru dan belajar dalam proses belajar kan?


buat akhi ishar, semoga terus menjadi guru sejarah yang berbakti, berkaliber, berkarisma, dan apa sahaja ber... yang sentiasa menaungi murid-murid kita. semoga ente dirahmati allah dunia sampai akhirat. amin.


salam dari negeri hujung tanah.

1 ulasan:

Nabilah-LilyPatel berkata...

salam... Ustaz...post ini x berapa nampak la... sakit mate... nape Ustaz x gune black jer untuk tulisan uh?