Selasa, 11 November 2008

sekadar renungan

Salam!

Wah. kita bertemu lagi setelah sekian lama tidak berhubung di alam maya ini. maaflah, banyak tuntutan2 peribadi yang harus kulalui...

aku baru sahaja menempuhi peperiksaan akhir semester dan awal tahun ini aku mulai bertugas...pastinya mengajar. Insya Allah di sekitar selangor, namun belum pasti akan tempatnya. terima kasih buat anmr kerana sudi singgah di lamanku ini. bukan sengaja menyepi, tapi ente faham2lah tuntutan sebagai student ni. hah, buat hanan, nabilah, dan anak-anak murid yang sudi menjenguk dan bertanya khabar, terima kasih daun keladi atas ingatan tak putus2 kalian. untuk kembali mengajar di aa, rasanya tidak lagi. maaf, bukan bermaksud menghampakan, tetapi inilah hakikat yang harus ditelan. lagipun siapalah diri us, jika nak dibandingkan dengan sekian ramai guru2 berkaliber di sana. semoga terus beriltizam tinggi belajar, us doakan kalian terus berjaya selamanya, dunia & akhirat.

perasaan mengajar tempoh hari ketika praktikal? sememangnya seronok sebagaimana dengan anak2 di aa. cuma bezanya mereka itu anak2 kecil di sek rendah yang perlu sabar mengajaranya. mereka itu amat cepat mengikut dan mencontohi kita. jadi kena sentiasa siaga. malah sampai hari ini masih ramai lagi yang menghubungi us bertanya itu dan ini, selayaknya dengan peringkat umur mereka.

us ada lebih kurang 4 minggu lagi untuk menamatkan pelajaran di negeri hujung tanah. insya allah selepas idul adha akan berada di kl sementara menunggu ke sek baru pada awal tahun depan. insya allah jika ada kelapangan, us akan ke aa untuk berjumpa kalian.

salam dari negeri hujung tanah

Tiada ulasan: