Isnin, 6 April 2009

sekadar renungan


Salam...


Hari ini merupakan hari yang menarik buatku. Sempena pertandingan bolasepak peringkat zon gombak, aku telah bertemu kenalan lamaku di alamin. seronok rasanya dapat bertemu semula dengan ustaz azhan, abi yazid, juga ahmad nazri.


lebih daripada itu aku bertemu semula dengan bekas anak-anak muridku yang sedang berjuang dalam pertandingan itu - fudhail, abd. rashid, salman, najid, hanis, fawaz, dan ramai lagi yang mungkin namanya telah aku lupai. sudah besar panjang mereka semuanya.


cuma satu yang menarik dan mungkin menghairankan bagi mereka yang sengaja hairan. anak2 alamin ini tetap komited melaksanakan solat zuhur berjemaah mereka bersama ustaz2 mereka walaupun ketika berada di padang. aku terdengar komen2 pelik dan sesetengahnya sinis tak bertempat dalam kalangan murid-murid lain yang mungkin melihat orang bersolat di padang tanpa sejadah. walaupun telingaku menangkap sesuatu yang asing, tapi itulah hakikatnya...kita mengaku islam tetapi masih gagal memahami keindahan islam sebenarnya...


lalu bagaimana? tanyalah iman kita, di mana islam kita!

buat anak2 alamin, tahniah ke peringkat separuh akhir dan selamat berjuang.


salam dari bumi rawang.

1 ulasan:

MuhammadS-3x berkata...

assalamualaikum...

rasa rugi pula bila tak dapat bertemu dengan ustaz. apapun semua kejadian adalah takdir Allah...