Rabu, 22 April 2009

sekadar renungan

Salam.

Pesta buku antarabangsa malaysia singgah lagi di bumi kuala lumpur. malang sehingga saat ini, aku belum sempat memanfaatkan masa senggang aku untuk singgah ke sana. insya allah jika diizinkan allah, sehari dua lagi aku akan ke sana bersama ratusan, ribuan atau mungkin sekadar puluhan ulat buku menikmati kebanjiran buku-buku yang dijual di sana.

aku di sini sekadar ingin mencoret isu yang diputarkan kembali tentang betapa rakyat malaysia amat malas membaca buku (adilkah tanggapan itu? terserah kepada masing-masing untuk menjadi jurinya) seingat aku, ketika aku masih di sekolah rendah, terdapat kajian dari inst toyota bahawa purata rakyat malaysia membaca pada ketika itu hanyalah dua muka surat setahun! hebat bukan?

memang sudah menjadi rahsia umum bahawa kita (mungkin lebih tepat aku) malas membaca - hendak membeli sebuah buku sebulan pun agak berkira, jika dibandingkan dengan membeli top up dan semua keperluan? kehendak lain. mungkin sebab inilah industri buku negara kita malap dan "mandom" (meminjam istilah yang pernah aku dengar) sehingga penulis2 besar seperti dato' a. samad said, faisal tehrani, dan lainnya kecewa dengan sikap kita - baik pembaca, pencetak, penerbit, dan sebagainya yang tidak mesra buku. mungkin keterlaluan dakwaan ini?

cuma apa yang ingin aku zahirkan di sini ialah masyarakat kita memang membaca - tetapi apakah yang dibacanya? majalah2 yang memaparkan kisah hidup artis, gossip, dan sebagainya menjadi buruan kita. betul kan? belum lagi dikira dengan minat dan kegilaan kini - program realiti tv dan kisah2 mistik yang melimpah ruah seperti air menorobos empangan.

itulah kisah kita. fikir dan tengoklah di mana kita atau mungkin sebenarnya aku!

salam dari bumi darul ehsan.

Tiada ulasan: