Isnin, 10 Ogos 2009

sekadar renungan


Assalamu'alaikum w.b.t.


kita bertemu lagi pada ruangan maya ini. kadangkala apabila membaca mesej, yang ditinggalkan pada ruangan sembang & gebang aku terhibur juga rasanya. namun apa yang ingin aku tegaskan di sini, janganlah kalian menggunakan kalimah & lisan yang keras & memalukan kita sebagai manusia yang waras. buat anak2 5a skr dengan nick name yang aku ketahui, tak menjadi masalah. namun buat mereka yang bertopeng dengan nama samaran, lawatan anda, aku alu2kan, namun lisan yang melampau, amat2 tidak aku hargai & perlukan.


renungkan hakikat ini...

betapa banyak kemusnahan, sengketa, dan perselisihan berlaku hanya kerana kita cuai, gagal, lalai & alpa menjaga satu anggota tubuh bernama lidah? sebab itu pepatah melayu ada menukilkan, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. awasilah mulut aku, kalian, & kita. jangan disebabkan 'keceluparan' mulut kita nanti, menyebabkan hizab kita di mizan allah swt pada hari kiamat, condong ke arah neraka jahanam.


awasilah lidah yang satu. jagalah lisan yang dituturkan. bukan sekadar fikir dahulu sebelum buang, malah yang lebih penting, fikir dulu sebelum bertutur.


banyak lisannya, banyak silapnya. banyak silapnya, banyaklah dosanya. banyak dosanya bermakna kita sengaja mendekatkan diri pada kemurkaan allah swt.


barang diingatkan jangan diperlekehkan nama hudzaifah ibnu yaman kerana yang empunya nama punya citra gemilang dalam sejarah keagungan islam.


semoga kita menjadi insan yang waras & bertaqwa lebih2 lagi pada zaman fitnah dunia akhir zaman ini. kembalilah pada jalanNya, allah hu akbar!

Tiada ulasan: