Ahad, 4 November 2007

rehat minda



Salam




Terima kasih aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat anak-anak muridku yang baik serta keluarga mereka yang telah datang ke teratak kami semalam - kunjungan balasan Eidul Fitri yang kami lakukan minggu lepas.




Sesungguhnya kami rasa amat berbesar hati dan berbangga dengan kunjungan mereka. Semoga kedatangan mereka dapat merapatkan ukhuwah kita sesama Muslim. Apa yang kurang, sama ada dari segi hidangan, layanan, pertuturan, dan apa sahaja - semoga dimaafkan dan dapat diterima dengan lapang dada.




Sekali lagi terima kasih - jika ada kelapangan silalah ke teratak kami, kami amat berbesar hati menyambut kalian!




p/s - bagaimana dengan rehlah kita pulak?

1 ulasan:

anamukminah berkata...

Salam,
Rehlah? Hehehe, tak kanlah kami yang masih hingusan ni nak rancang. Serahlah pada pakcik2 dan makcik2 sekalian... Hahaha...
Nak baca ziarah ini daripada perspektif pelajar? Hehe, ziarah pula k le blog ana.
http://nurazlina.wordpress.com/2007/11/05/aidilfitri-merapatkan-masyarakat-bandar/

Wassalam...