Isnin, 26 November 2007

sekadar renungan

Assalamualaikum
Bertemu lagi kita setelah hampir dua minggu aku tidak cakna akan blog ini - banyak hambatan2 lain yang perlu kuselesaikan
Aku ingin berkongsi sedikit kisah yang kukutip dari kuliah maghrib dan novel yang kubaca - Menikam Kalbu, karya Faisal Tehrani.
Apa yang ingin kunukilkan di sini ialah soal yang sememangnya penting buat umat Islam, namun hari ini ia semakin dipinggirkan@ ramai dalam kalangan kita yang mengikutnya secara songsang - soal aurat!
Hakikat hari ini apabila aku melihat di dalam majalah ataupun rancangan majalah TV, muncul satu tradisi baru - busana muslimah/ muslimin. Kita diperkenalkan dengan pakaian2 yang dikatakan berimejkan Islam. Bertudung, berbaju panjang, dan sebagainya yang dikatakan menutup aurat - cuma apa yang sendiri terlalu 'bodoh' untuk memahaminya ialah, konsep menutup aurat yang ditampilkan oleh para pereka dan pedagang busana itu jauh dari konsep aurat yang telah ditetapka oleh Islam - apakah ertinya "bertudung" bagi seorang muslimah jika masih menampakkan leher, helaian rambut halus, tengkuk, dan sebagainya? Apa ertinya menutup aurat jika pakaiannya masih ketat dan menampakkan setiap susuk tubuh? Apakah maknanya menutup aurat, jika fabrik yang digunakan terlalu jarang - hingga ada yang menisbahkan ia sebagai langsir tingkap@pintu dan warnanya yang terang menyala sehingga menarik mata para lelaki? Apa ertinya bertudung, sekiranya baju yang digunakan berlengan pendek dan untuk menutup kekurangan itu maka dipakaikan sarung lengan. Adakah dikira menutup aurat jika kasih memakai jeans sendat yang menyeksa tubuh...? Teringat aku akan konsep berpakaian wanita Islam pada zaman persekolahanku dahulu - Tas Tu Wah Ka (Atas tutup, bawah buka - memakai tudung dan dalam masa yang sama memakai baju berlengan pendek dan berjeans ketat...)
Mutakhir ini, aku rasa kita sering dikelirukan dengan jenama@label Islam oleh pelbagai pihak - namun pada pandangan aku, ia sebenarnya sangat jauuuuuuhhhh dari Islam yang diwahyukan kepada junjungan besar kita. Lihat sahaja dalam soal fesyen dan budaya berpakaian dalam kalangan umat Islam hari ini. Itu tidak kira lagi dengan mereka yang bebas berseluar pendek, berpakaian menampakkan segala aurat dan urat serta sejuta macam fitnah yang diperkenalkan dalam budaya berpakaian yang aku pasti jauh menyimpang dari tuntutan Islam. Nampaknya umat Islam kini (bukan semua) masih terus terkeliru dengan konsep menutup aurat kerana bagi mereka menutup aurat itu ialah sekadar mengenakan tudung yang cukup kecil molek di atas kepala - sudah lengkap - tidak ambil peduli tentang leher, tengkuk, bentuk badan, kaki yang terdedah. Lelaki juga tidak terkecuali dalam hal ini. Akan aku bincangkan dalam post yang akan datang.
Apa yang kunyatakan ini adalah hasil pemerhatianku selama ini. Marilah kita sama2 memikirkan dan berusaha meluruskan apa kusut selama ini. Semoga Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW terus subur di muka bumi Allah ini. Allah Hu Akbar!

1 ulasan:

anamukminah berkata...

Salam,
Isy, tu baru dari segi konsep berpakaian yang asas. Belum tengok lagi hiasan-hiasan yang diletakkan pada baju-baju yang dipamerkan tu! Kalau nak kira manik yang dok atas baju tuh,sebatu dah nampak dah. Memang sah-sah lah langgar konsep tabaruj yang dikuat kuasakan oleh ad-Deen. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 33,
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah dulu..."

Renungilah etika berpakaian yang diamalkan, adakah pakaian yang dikenakan bertepatan dengan syara' ataupun tak?
Wassalam